Selamat kembali Rafizi, tiba masa selamatkan Malaysia


Oleh: MANIVANAN GOWIN | Sebentar tadi Naib Presiden KEADILAN Saudara Rafizi Ramli telah mengumumkan hasrat beliau untuk kembali aktif dalam arena politik, dengan membuat langkah pertama dengan menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti.

Pengumuman ini amat dinanti-nantikan oleh semua penyokong Saudara Rafizi daripada pada dalam dan luar parti.

Persahabatan kami pula menjangkaui dunia politik. Terima kasih Sahabatku Rafizi kerana mempercayai silaturrahim ini.

Saya merupakan salah seorang rakan dalam sebilangan yang kecil, yang telah berinteraksi dan berkomunikasi dengan beliau sejak 10 Disember 2019 iaitu tarikh pengumuman beliau untuk bercuti daripada arena politik.

Sepanjang tempoh masa bercuti ini, walaupun kurang berbicara mengenai politik, beliau amat selesa berbincang mengenai masalah rakyat biasa.

Oleh sebab itu, saya yakin beliau akan pulang kerana Rafizi adalah insan yang berjiwa rakyat dan amat memahami derita rakyat biasa.

Sebelum pilihan raya umum yang ke-14 pada 9 Mei 2018, Saudara Rafizi merupakan tunjang utama dalam membawa perubahan melalui “Jelajah Bina Semula Negara”. Strategi kempen beliau adalah instrumen utama dalam sejarah menjatuhkan rejim BN.

Hari ini, beliau membuat pengumuman bersejarah mengenai ketibaannya pada saat yang sangat genting dan kritikal, apabila beliau amat diperlukan oleh rakyat Malaysia. Karisma dan prinsip beliau untuk membantu rakyat akan mula mengubah lanskap politik di negara ini.

Keputusn yang dinanti-nanti ramai penyokong
Dengan adanya Saudara Rafizi kembali di saat yang genting, satu perubahan memperjuangkan isu rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat amat diperlukan. Aura Saudara Rafizi akan membawa satu sinar baru untuk rakyat Malaysia.

Saya harap dengan tibanya Saudara Rafizi, satu pencorakan politik yang baru dan kebangkitan semula PKR dalam usaha Selamatkan Malaysia, akan bermula dari saat ini.

Selamat kembali Saudaraku Rafizi Ramli!

MANIVANAN GOWIN ialah bekas Ahli parlimen Kapar dan kini adalah timbalan ketua penerangan KEADILAN

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia

Post a Comment

0 Comments