Ayah binang filem 'The Rock" meninggal dunia


AYAH  kepada bintang filem Dwayne “The Rock”, Rocky "Soulman”  Johnson dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya awal hari ini pada usia 75 tahun.

Kebanyakkan generasi hari ini tidak mengenali Rocky, namun nama itu dianggap lagenda bagai pengemar sukan gusti pada era 60an hingga 80an.

Rocky atau nama sebenarnya Wayne Douglas Bowles memulakan karier dalam bidang gusti pada pertengahan tahun 1960, di mana ia mula mendapat tempat di hati peminat susulan persembahannya di National Wrestling Alliance.

Namun, legenda yang terpahat dalam WWE Hall of Fame itu mencapai kemuncak kariernya pada tahun 1983.

Kehidupan peribadi Rocky juga menjadi tumpuan apabila melangsungkan perkahwinan dengan anak kepada seorang lagi legenda WWE Peter “High Chief” Maivia, iaitu Ata Maivia.

Hasil perkahwinan itu, Dwayne dilahirkan pada tahun 1972.

Selain itu, Rocky turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wanda dan Curtis Bowles.

"The Soul Man" bersara dari arena gusti pada tahun 1991, dan mula aktif melatih anaknya Dwayne, yang kini bukan sahaja sebaris dengan penggusti WWE terulung, tetapi juga antara bintang filem paling laris di Hollywood.

Post a Comment

0 Comments