TUJUH individu ditahan kerana melakukan jenayah terhadap hidupan liar di Sabah sepanjang 15 hari pertama tahun ini
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew berkata, ia susulan operasi bersepadu Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah yang dilaksana di negeri itu baru-baru ini.
Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata jenayah berkaitan hidupan liar bukan sekadar masalah tempatan tetapi menjadi sebahagian daripada sindiket perdagangan hidupan liar antarabangsa yang dikaitkan dengan penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia serta pengubahan wang haram.
“Kita mesti meneruskan sinergi, jalin kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), sektor swasta dan agensi kerajaan, selain kerjasama rentas sempadan yang akan membuahkan kejayaan untuk menamatkan jenayah tidak masuk akal ini.
"Saya pasti di Sabah ini ada orang yang mempunyai keupayaan tinggi, berdedikasi dan berminat, sanggup bekerja keras dalam meningkatkan keupayaan risikan dan forensik dalam mengekang jenayah berkaitan hidupan liar,” katanya
Liew berkata pendirian kerajaan Sabah tehadap jenayah itu jelas iaitu setiap orang perlu mengambil apa sahaja langkah perlu untuk melindungi hidupan liar.
0 Comments