Jawatankuasa khas Parlimen kutuk 'pencerobohan ganas' Rusia


JAWATANKUASA
Parlimen bipartisan mengutuk tindakan “pencerobohan ganas” Rusia ke atas Ukraine.

Pengerusi jawatankuasa Pilihan Khas berhubung hal ehwal antarabangsa Salahuddin Ayub, berkata pencerobohan Rusia ke atas Ukraine melanggar protokol hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

“Tindakan agresif dan pelanggaran hak asasi seumpama itu tidak mempunyai tempat ketika dunia berada pada abad ke-21,” katanya, terutama perang melawan Covid-19 masih lagi berlangsung," tegas Ahli Parlimen Kulai itu.

Justeru jawatankuasa itu menegaskan akan memanggil kementerian luar untuk memberi taklimat berhubung hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Rusia dan Ukraine.

Media melaporkan 137 maut hari pertama perang Rusia-Ukraine.

BACA: Anwar kecam serangan terhadap Ukraine, gesa Ismail nyatakan pendirian

Seorang profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS), Riyadh, Prof Madya Dr Mizan Aslan dipetik laporan Sinar pada 25 Febuari lalu memberitahu bahawa punca ketegangan tercetus ialah beberapa tindakan oleh pihak Ukraine.

"Isu paling besar ialah hasrat Ukraine untuk menyertai NATO, yang merupakan satu pakatan pertahanan tentera yang dianggotai negara Eropah dan diketuai Amerika Syarikat (AS).

"Jadi, apabila mereka cuba memperluaskan gabungan NATO itu, sehingga ke wilayah-wilayah yang secara terus berhubung dengan Rusia, terutama sekali bagi negara-negara bekas Kesatuan Soviet, ia telah sampai ke peringkat menggusarkan Russia.

"Rusia sudah habis tempoh kesabarannya dan dia mula bertindak," katanya dipetik.

Ismail Sabri digesa nyata pendirian tegas
Bagaimanapun tegas jawatankuasa itu, tindakan dilakukan Rusia sebagai penindasan dan kezaliman.

Sehubungan itu mereka menyeru Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah, menyatakan pendirian tegas.

 

Post a Comment

0 Comments