KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob segera menyatakan pendirian Malaysia berhubung 'pencerobohan' Rusia ke atas Ukraine.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, beliau secara peribadi berdiri bersama seluruh masyarakat antarabangsa dalam mengutuk pencerobohan tersebut.
Menyentuh komflik yang mengundang kebimbangan seluruh masyarakat dunia itu, Anwar menegaskan bahawa operasi ketenteraan yang berlaku tidak membawa faeah kepada mana-mana pihak, sebaliknya mendatangkan lebih banyak kesan buruk.
"Tindakan ketenteraan ini akan membawa kepada kehilangan nyawa yang tidak bersalah secara tragis, ketidakstabilan serantau dan selanjutnya menambah gangguan kepada ekonomi yang dialami ketika pandemik Covid-19 ini.
"Tiada sesiapa yang boleh berarak ke negara lain, bersenjata dan meminta kepada keamanan. Ini bukanlah cara hubungan antarabangsa berasaskan peraturan berfungsi.
"Saya menyeru agar serangan segera dihentikan dan usaha diplomatik yang diperbaharui merentasi semua saluran dan jalan untuk mendapatkan kembali keamanan," katanya pada Khamis.
Pada pagi Khamis, Russia dibawah arahan Vladimir Putin melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama.
Interfax Ukraine melaporkan, serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu dan tentera Russia sudah mendarat di bandar pelabuhan dalam ‘operasi ketenteraan khas’ yang bukan bertujuan menduduki negara itu.
Perang perlu segera dihentikan, tegas Anwar |
Tentera Russia turut dilapor telahmerampas lapangan terbang strategik utama berhampiran Kyiv serta lokasi bencana nuklear Chernobyl, yang masih tercemar dengan bahan radioaktif.
Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, menerusi ciapan Twitter meminta bantuan dunia bagi menghentikannya.
0 Comments