KERAJAAN sementara Johor digesa menghentikan sebarang pengumuman dasar, projek dan peruntukan baharu kerana ia bercanggah prinsip pilihan raya.
Desakan itu dibuat kumpulan pemantau Pilihan raya, Bersih merujuk Dasar Agro Makanan 1.0 Johor yang diumumkan Menteri Besar, Hasni Mohammad baru-baru ini.
Tegas mereka, tindakan Hasni itu bertentangan prinsip pilihan raya bersih dan adil serta bercanggah konvensyen kerajaan sementara di peringkat antarabangsa,” kata Bersih dalam kenyataan hari ini.
“Di negara yang mempunyai sistem politik demokrasi yang maju dan matang seperti Australia dan United Kingdom, terdapat garis panduan kerajaan sementara bertujuan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan berkelakuan sewajarnya semasa tempoh pilihan raya.” tegas mereka.
Antara perkara yang tidak boleh dilakukan kerajaan sementara, katanya, termasuk tidak boleh merasmikan majlis pecah tanah, pelancaran program dan inisiatif kerajaan, mahupun menandatangani perjanjian penting yang akan mengikat kerajaan baharu.
Menurutnya, pengumuman projek, dasar dan peruntukan oleh menteri besar sementara dan menteri kerajaan persekutuan adalah satu bentuk kempen pilihan raya dan ia tidak adil kepada calon daripada parti politik lain.
Tindakan Hasni didakwa bertentangan prinsip |
“Ia bagi memastikan lapangan bersaing yang sama rata dan pilihan raya adil dan bersih untuk semua parti dan calon,” katanya dipetik laporan FMT
0 Comments