ANAK perempuan presiden Umno, Nurulhidayah Ahmad Zahid terus dikritik gara-gara pandangannya menidakkan isu kemiskinan haid di negara ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah ketika mengulas kenyataan Nurulhidayah bahawa tuala wanita tidaklah terlalu mahal menegaskan bahawa ia bukan soal murah atau mahal tuala wanita itu.
Tetapi kata bekas Pengerusi Bersih itu, isu kemiskinan haid adalah keluarga yang berpendapatan miskin terpaksa memilih antara memberi tuala wanita atau wang dimiliki mereka harus dibelanjakan untuk makanan keluarga mereka.
“Di kawasan Petaling Jaya saya edarkan 1,000 paket tuala wanita kepada golongan B40 kerana kekangan pendapatan.
“Ini bukan isu harga, tetapi pilihan sama ada mahu membeli makanan atau beli pad (tuala wanita). Itu yang sedihnya,” ciap Maria di Twitter.
Secara umum, kemiskinan haid ialah isu kesukaran wanita mendapatkan produk-produk berkaitan haid, dan kurangnya pengetahuan tentang kemudahan haid serta kebersihan diri.
Semasa pengumuman Belanjawan 2022, Menteri Kewangan berkata dianggarkan seramai 130,000 remaja wanita dari keluarga B40 berdepan masalah mendapatkan produk kebersihan seperti tuala wanita ekoran kekangan kewangan.
Oleh hal yang demikian, kerajaan akan mengedarkan kit kebersihan diri setiap bulan buat 130,000 remaja perempuan dalam keluarga B40 bagi menangani isu kemiskinan haid.
Usaha mengedarkan kit seperti itu sebelum ini dipelopori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Terdahulu, NurulHidayah mengatakan bahawa tuala wanita di Malaysia adalah murah dan tiada isu Kemiskinan haid di Malaysia.
Dalam kenyataan di Instagramnya ketika menjawab komen salah seorang pengguna yang membangkitkan mengenai wujudnya wanita tidak berkemampuan yang sanggup mengandung berulang kali bagi mengelakkan datang bulan.
“Saya sedar mengenainya (mengandung untuk mengelakkan datang bulan), tapi bukan di Malaysia. Mana ada pad (tuala wanita) harga kayangan pun,” katanya.
Ekoran kenyataanya itu, Pengerusi NGO Bidadari Selatan, Napsiah Khamis yang juga merupakan Exco sayap Wanita parti KEADILAN menempelak NurulHidayah dan mendesak agar dia tidak menyamakan kehidupan mewahnya seperti wanita-wanita lain yang berdepan isu itu.
Napsiah mendedahkan hasil daripada kempen yang dijalankan, ada antara golongan tidak berkemampuan menjimatkan kos membeli tuala wanita dengan seharian memakai tuala yang sama dan ada juga kembali ke zaman 20 tahun lalu dengan menggunakan kain batik atau baju-baju lama semasa haid.
Maria pula bidas Nurulhidayah |
“Remaja perempuan tidak pergi ke sekolah kerana tiada tuala wanita.,” katanya.
0 Comments