Keputusan rayuan saman Anwar pada k'jaan diketahui 23 Feb depan

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui sama ada Mahkamah Rayuan akan mengembalikan semula tuntutannya berhubung kes fitnah liwat 2 atau tidak pada 23 Feb tahun depan

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Lee Swee Seng dan dianggotai  hakim Mahkamah Rayuan Lee Swee Seng dan Sipang Lian mengekalkan keputusan mereka mengenai rayuan untuk merit saman itu didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Nov 2017, yang membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemulanya. Merit saman itu kemudiannya tidak didengar.

Mahkamah rendah telah memutuskan bahawa saman itu tidak mempunyai sebarang sebab tindakan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah, kerana tiada bukti dikemukakan untuk menunjukkan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada perdana menteri ketika itu Najib Abdul Razak, untuk mewakili pendakwaan dalam rayuan kes fitnah liwat berkenaan.

Menerusi tindakan sivil itu, Anwar berhujah bahawa dia tidak diberikan perbicaraan yang adil dalam proses rayuan yang dikaitkan dengan kes fitnah liwat yang melibatkan bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Perayu bergantung kepada afidavit, yang disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Rahayu Mohd Mumazani, yang mendakwa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib, untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan fitnah liwat.

Anwar dakwa tak diberi perbicaraan adil
Peguam Gopal Sri Ram dan peguam kanan persekutuan Suzana Atan masing-masing mewakili Anwar sebagai perayu dan kerajaan sebagai responden.

Peguam Harvinderjit Singh mewakili peguam Muhammad Shafee Abdullah, yang merupakan pencelah dalam rayuan itu.


Post a Comment

0 Comments