Kumpulan doktor kontrak tak puasa hati pengumuman k'jaan

KUMPULAN mewakili doktor kontrak mengancam akan mengadakan mogok kali kedua sebagai membantah pengumuman Bajet 2022 oleh kerajaan Ismail Sabri Yaakob.

Jurucakap Hartal Doktor Kontrak Dr Mustapha Kamal, dipetik laporan FMT berkata, mereka memberikan tempoh sebulan untuk kerajaan menangani isu berbangkit berhubung pelantikan ke jawatan tetap membabitkan golongan itu.

‘Kami rasa diperguna. Kerajaan tidak serius membantu kami dan kami hanya mempergunakan kami ketika pandemik.

“Kami akan memberi masa kepada kerajaan untuk mereka berunding, namun sekiranya mereka enggan memberikan kami jawapan, mogok akan dilakukan pada Disember,” katanya.

Mustapha berkata, doktor kontrak tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melakukan tindakan “tegas dan kasar” dalam usaha menjadikan kerajaan mendengar keluhan mereka.

Dalam Bajet 2022, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun.

Pengumuman itu walau bagaimanapun menurut mereka bukan penyelesaian jangka panjang yang diharapkan.

Pada Julai lalu, Hartal Doktor Kontrak memberi kerajaan 26 hari menyelesaikan isu berhubung sistem kontrak atau berdepan “walkout” di seluruh negara.

K'jaan diberi masa sebulan
Dalam mogok itu, yang berlaku pada 25 Julai, doktor kontrak menuntut laluan kerjaya lebih adil, selain menerima manfaat sebagai mana pegawai perubatan tetap.

Pada 29 Jun, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendedahkan hanya 789 daripada 23,077 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap dalam sistem kesihatan negara ini, sejak 2016.

Post a Comment

0 Comments