Mahkamah beri kebenaran teruskan perbicaraan berkaitan 1MDB


MAHKAMAH di London dilapor memberi kebenaran kepada Malaysia meneruskan kes melibatkan syarikat Abu Dhabi berkaitan peranannya dalam skandal 1MDB.

Ia berhubung penyelesaian dicapai menerusi timbang tara pada 2017 antara dua pihak itu di UK, dengan alasan syarikat milik Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) dan Aabar Investments maklum mengenai dakwaan fraud terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika perjanjian dimeterai.

Hakim Andrew Baker pada Khamis membenarkan lanjutan masa untuk membolehkan serahan tuntutan itu disempurnakan, seterusnya perbicaraan disifatkan “luar biasa” itu dapat berlangsung.

“Memang ini tempoh lanjutan luar biasa, namun ini juga kes yang luar biasa,” katanya dipetik laporan oleh portal FMT.

Sebagai rekod, 1MDB adalah dana pelaburan yang asalnya bertujuan membangunkan ekonomi.

Sebaliknya, sebahagian besar dana itu didakwa digelapkan individu yang dikaitkan dengan Najib dan digunakan untuk tujuan rasuah.

Kes di London itu adalah satu daripada beberapa siasatan lain melibatkan 1MDB di seluruh dunia termasuk di AS serta Malaysia.

“Keputusan ini akan akhirnya membolehkan mahkamah komersial meneliti sepenuhnya aspek penting fraud 1MDB menerusi proses yang terbuka dan telus,” kata peguam Richard Little, yang mewakili 1MDB dan Menteri Kewangan Malaysia.

Peguam mewakili IPIC dan Aabar Investments enggan mengulas perkara itu.

Pada Julai tahun lalu, bekas Perdana Menteri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah benar kes dilanjutkan
SRC merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


"Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesemua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC dihadapai tertuduh.

Najib menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah.

Pada 18 mei lalu, Mahkamah selesai mendengar rayuan Najib berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya. Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menangguhkan keputusan rayuan itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Post a Comment

0 Comments