BARISAN NASIONAL (BN) mengumumkan bahawa mereka akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata selain memutuskan untuk menggunakan logo sendiri, parti itu akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Parti itu akan meletakkan 20 calon Umno, tujuh MCA dan satu calon dari MIC bagai pilihan raya itu.
Pengumuman itu dibaut setelah PAS, rakan sekutu Umno dalam Muafakat Nasional (MN) memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN) sekaligus menggunakan lambang gabungan itu pada pilihan raya diadakan nanti.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu kini akan menyokong calon PN sekiranya berlaku pertembungan dengan calon Umno dan PN.
Ia dinyatakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika ditanya pemberita pada sidang media sempena Muktamar PAS ke-67 di Kuala Terengganu, hari ni.
"Pendirian kita PN akan tanding semua, terpulang kepada Umno dia nak ikut PN atau nak bertanding sendiri.
"Amanatnya kita (kepada ahli) mendukung PN, dan PAS telah bersetuju akan bersama PN dalam pertandingan ini," ujarnya ketika ditemui pemberita pada sidang media sempena Muktamar PAS ke-67 di Kuala Terengganu.
Menyentuh soal hubungan dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN), Abdul Hadi berkata hubungan itu terikat dengan piagam yang dipersetujui.
"kita pegang pada piagam (tetapi) piagam bukan Umno dan PAS saja. Umno dia berubah, bahkan sebelum ini sebahagian ahli parlimen (Umno) sokong jajaran baru," katanya lagi sambil memaklumkan PAS akan bertanding di sekurang-kurangnya satu per tiga (kerusi) DUN Melaka.
Abdul Hadi dakwa Umno berubah |
Sebagai rekod, pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, PAS bertanding di 24 kerusi DUN di Melaka dan 5 kerusi Parlimen.
Tiada satu pun kerusi dimenangi parti itu.
0 Comments