Pandora Papers: Anwar tiada masalah bantu SPRM


 KETUA Pembangkang di Parlimen yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), bersedia  memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan ‘Pandora Papers’ membabitkan pemimpin negara.
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata begitu pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perasmian Wisma SP Care dan Majlis Penghargaan Barisan Hadapan di Wisma SP Care, Serendah, Hulu Selangor semalam.

Dalam sidang media itu, Anwar berharap isu itu segera disiasat dan tidak  didiamkan begitu sahaja oleh kerajaan.

“Saya akan beri kerjasama apa yang ada tambahan yang lebih, tetapi seperti kita tahu satu badan antarabangsa buat, sepatutnya SPRM menyegerakan (siasatan) sebab kes ini bukan baharu.

“(Kertas Pandora) keluar daripada Global Financial Integrity yang saya telah bongkar di Parlimen minta siasatan sejak 2012. Bila ditanya baru hendak buka fail (siasatan) itu masalah sedikit.

“Tetapi saya alu-alukan keputusan SPRM untuk siasat. Saya tiada masalah (untuk dipanggil memberi keterangan),” ujarnya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengulangi pendirian supaya siasatan melibatkan agensi seperti Bank Negara Malaysia, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), SPRM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) dijalankan.

Anwar gesa pendedahan Pandora papers disiasat
SPRM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan SPRM itu akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi berkaitan bagi menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Agensi itu dalam kenyataan baru-baru ini meminta Anwar untuk memberi kerjasama berhubung pendedahan Pandora Papers yang dibangkitkan sebelum ini.

Post a Comment

0 Comments