Oleh: MOHD SAYUTI OMAR | Saya tunggu mana-mana orang kerajaan jawab dan balas isu arak bernama mirip perempuan, Timah.
Apa yang ditunggu nampaknya sudah tiba, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary tampil menjelaskannya.
Mungkin dia cuba mengelak, tetapi memandangkan dia lebih banyak bercakap hal Islam berbandingnya bosnya, maka isu Timah itu diajukan kepadanya.
Katanya isu arak berjenama Melayu itu tidak boleh dipersalahkan kerajaan, sambil mengakui pengeluaran arak di negara ini wujud sejak lama dahulu.
Justeru katanya tidak wajar mengaitkan arak itu dengan kerajaan. Apakah timbalan menteri ini faham duduk perkara itu. Apakah dia tidak tahu bahawa lesen atau kelulusannya diberikan oleh kerajaan, bukan oleh Mat Sabu atau Guan Eng yang bertanggungjawab.
Marzuk kena belajar banyak lagi cara-cara untuk jawab isu-isu berbangkit dalam kerajaan agar orang tidak “mengetap bulu”dengannya. Jangan kerana dia jadi ahli parlimen Pengkalan Chepa maka beliau belajar jawab isu politik berbangkit daripada Mohd Amar Nik Abdullah. Ada yang boleh tiru Mohd Amar ada yang tidak.
Sayuti bidas cara Marzuk jawab isu 'Timah' |
MOHD SAYUTI OMAR adalah pemerhati politik semasa tanah air yang pernah menghasilkan beberapa naskah buku.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi yang dikongsi di laman sosial beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia.
0 Comments