SIKAP pemimpin PAS dan Umno yang mendiamkan diri dalam skandal didedahkan Pandora Papers menarik perhatian bekas menteri agama era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Dipetik laporan media, Mujahid menempelak sikap ditunjukkan pihak itu yang sebelum ini mencanangkan bahawa mereka adalah pejuang orang Melayu dan pembela Islam sedangkan menurutnya skandal yang didedahkan melalui Pandora Papers melibatkan kehilangan wang trilion ringgit yang sepatutnya menjadi hasil cukai untuk negara itu adalah isu besar.
“Trilion cukai dilarikan dari kalangan oligarki politik dan korporat.
“PM diam, parti Melayu Islam jadi bisu,” kata Mujahid yang ditujukan kepada Ismail serta Umno dan PAS.
Kertas Pandora merujuk kepada sejumlah dokumen yang dibocorkan kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) yang mendedahkan aktiviti sebahagian rakyat Malaysia yang datang dari latar belakang ahli politik dan usahawan yang menyimpan kekayaan mereka di luar negara.
Maklumat itu berasal dari sejumlah syarikat yang membantu pelanggan menubuhkan atau menguruskan akaun luar pesisir dan syarikat di tempat perlindungan cukai.
MalaysiaKini dalam lapornya menamakan beberapa ahli politik dan usahawan dari Malaysia yang didakwa terpalit dengan isu tersebut antaranya Daim Zainuddin (bekas menteri kewangan dari tahun 1984 hingga 1991), Zafrul Aziz (Menteri Kewangan sekarang), Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO)dan Yamani Hafez Musa (Timbalan Menteri Kewangan).
G Gnanalingam (ahli perniagaan Westport Holdings Sdn Bhd), Mahmud Abu Bekir dan Hanifah Hajar Taib (anak gabenor Sarawak Abdul Taib Mahmud), Larry Low Hock Ping dan Goh Gaik Ewe, Lim Kok Thay (Ketua Genting Group) turut tersenarai.
Nak siasat pun tak bunyi, kata Mujahid |
“Bab TH mereka sibuk nak buat RCI walaupun terbukti berjaya dipulihkan. RCI Pandora mana?
“Nak siasat pun tak bunyi. Apa nak jadi?” kata beliau menerusi twitternya.
0 Comments