Jangan tergamak berhentikan pekerja tolak vaksin - bekas menteri


BEKAS Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pihak majikan agar tidak memberhentikan pekerja mereka yang menolak vaksin.

Dzulkefly menerusi ciapannya di Twitter berkata, sememangnya tidak mudah untuk menggarap dasar dalam menjaga kemaslahatan awam berkait dengan kesihatan dan nyawa manusia.

Justeru, semua pihak menurutnya perlu melakukan libat urus secara terbuka berhubung isu berkenaan.

“Sementara kita menggalakkan vaksinasi termasuk dengan cara ‘disincentives’ mereka yang enggan atau ragu, jangan berhentikan kerja.

“Lakukan libat urus terbuka dan sivil,” ciapnya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataannya dalam Wacana Sinar pada Khamis lalu yang berpendapat bahawa sekatan dikenakan kepada golongan tolak vaksin bukan satu diskriminasi.

Menerusi wacana berkenaan, Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, peraturan ditetapkan kerajaan dengan mengenakan beberapa sekatan aktiviti terhadap individu yang menolak vaksin bukanlah satu bentuk diskriminasi.

Bahkan menurutnya, adalah tidak munasabah bagi golongan yang menolak vaksin untuk menuntut hak sama rata dan mementingkan diri berbanding kepentingan awam.

Isu berkaitan golongan yang menolak untuk menerima vaksin hangat kebelakangan ini, ia terutama selepas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat kenyataan kontroversi dengan berkata kerajaan akan 'menyusahkan' kumpulan tersebut yang terus enggan divaksin tanpa sebab yang dibenarkan.

"Ia mungkin agak kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk 'menyusahkan' hidup anda (golongan antivaksin).

Jangan sampai putus sumber pendapatan mereka
"Ini kerana anda sendiri memilih untuk tidak divaksin, melainkan anda tidak boleh menerimanya atas faktor kesihatan dan dikecualikan dalam aplikasi MySejahtera. Bagaimanapun, jika sebaliknya, memang kami akan susahkan hidup anda," kata Ahli Parlimen Rembau itu.

Walau bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur kenyataan Khairy dengan berkata kerajaan sepatutnya mendekati golongan tersebut secara berhemah dan bukan 'berperang' dengan mereka.

Post a Comment

0 Comments