Timah: Tak rasa malukah pemimpin Melayu -Islam, soal Ibrahim Ali

 


IBRAHIM ALI mengecam kerajaan kerana memberikan kebenaran kepada sebuah syarikat tempatan mengeluarkan arak dengan menggunakan label Timah.

Presidennya, Ibrahim yang merupakan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) itu berkata tindakan kerajaan mengeluarkan permit untuk mengeluarkan arak itu dianggap sebagai satu penghinaan kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia.

"Paling menyedihkan mereka menggunakan nama Timah. Mereka kata nama itu merujuk kepada bijih timah kerana Malaysia terkenal dengan timah, tetapi ini betul-betul menghina rakyat Melayu dan Islam di Malaysia," katanya dipetik laporan media.

Isu arak berjemana Timah itu menarik perhatian ramai kerana didakwa diluluskan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN), kerajaan PN disertai PAS-sebuah parti yang membawa label Islam sebagai teras perjuangan parti mereka.

Dalam kenyataanya juga Ibrahim yang pernah bertanding dibawah tiket PAS menempelak parti itu susulan kenyataan seorang menterinya yang dilihat cuba menafikan peranan kerajaan dalam meluluskan permit pengeluaran arak tersebut.

Ibrahim bidas alasan menteri PAS
"Memang betullah ia bukan projek kerajaan, bukan milik kerajaan, tapi siapa yang memberi permit? Kementerian mana? Kerajaan mana? Tanggunglah dosa di akhirat nanti.

"Apakah pemimpin-pemimpin Melayu yang berada di kerajaan hari ini tidak malu, tidak bermaruah?"katanya merujuk kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary bahawa tidak wajar mengaitkan isu itu dengan kerajaan kerana arak itu bukanlah dikeluarkan kerajaan.

Post a Comment

0 Comments