Pujuk golongan antivaksin, bukan ajak 'perang', kata Anwar kepada menteri

 



KENYATAAN dibuat Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap golongan yang menolak vaksin dikritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan kenyataan Khairy sebagai sombong dan berbentuk ugutan, Anwar menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya mendekati golongan tersebut secara berhemah.

Pihak kerajaan tambah Presiden KEADILAN itu lagi sepatutnya berperanan sebagai badan memujuk, memberi penerangan dan jawapan berdasarkan dapatan kajian saintifik lebih berkualiti bagi mematahkan hujah kumpulan terbabit.

"Kumpulan anti vaksin ini saya tidak sokong. Tetapi, kadang-kadang hujah mereka ini ada kuat juga. Jadi, kita jawab dengan hujah.

"Dia bagi kertas saintifik, kita bawa hujah saintifik yang lebih kuat untuk mematahkan hujah dia.

"Janganlah fikir nak hukum dan ugut. Ini cara sombong dan kita tidak boleh terima," katanya kepada pemberita pada satu program di Hulu Selangor.

Semalam, Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau menjelaskan kumpulan antivaksin kemungkinan terpaksa berdepan kehidupan yang sukar kerana tidak akan dibenarkan menikmati kemudahan kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi secara berterusan.

Khairy juga dengan tegas berkata, kerajaan akan ‘menyusahkan’ kumpulan itu yang terus enggan divaksin tanpa sebab yang dibenarkan.

"Kita kena mendekati mereka. Selesaikan dulu yang mahu terima vaksin. Yang sedikit itu kita harus dekati mereka dan cuba memberi penerangan.

"Tapi, mengikut undang-undang tidak mengatakan mereka salah.Jadi, macam mana kita membuat tekanan dalam keadaan mengundang dia tidak salah, itu satu.

Anwar gesa guna pendekatan memujuk
"Keduanya, bila kata pendekatan ini kita merayu, memujuk memberi penjelasan, memberi penerangan dan memberi jawapan," tambahnya.

Sementara itu Anwar berkata, kerajaan sepatutnya menyelesaikan pemberian dos vaksin kepada individu yang ingin menerimanya dan memberi baki selebihnya kepada golongan yang ingin mengambil dos berkenaan.



Post a Comment

0 Comments