MENTERI BESAR Kedah dari Parti PAS sekali lagi menjadi sasaran warganet susulan kenyataan kontroversi, “kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama”.
walaupun sebahagian penyokong Muhammad Sanusi Md Nor menggangap kenyataan itu 'hanya gurauan', namun ramai menyifatkanya sebagai biadab, apalagi dengan kes kematian akibat Covid-19 semakin meningkat.
Bekas timbalan pengarah Kementerian Kesihatan Dr Christopher Lee yang dipetik laporan media melahirkan terkejut dengan kenyataan timbalan Pesuruhjaya PAS kedah itu.
"Terkejut apabila seorang menteri besar tergamak mengatakan ini ketika ratusan meninggal dunia setiap hari.
"Untuk menenangkan hati dan menunjukkan empati adalah ciri-ciri pemimpin, betul tak," kata pakar penyakit berjangkit itu pada catatan di Twitter.
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata Sanusi merupakan seorang pemimpin yang mempunyai masalah bercakap tanpa adab.
“Kalau dah gagal jaga rakyat, jangan jadi kurang ajar pula,” katanya dalam Twitter.
Sanusi yang sebelum ini dikenakan kompaun kerana melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pernah dikecam teruk setelah mengeluar kenyataan mahu menyekat aliran Sungai Kuala Muda ke Pulau Pinang.
Rakaman video dikongsikan memaparkan Sanusi dengan ketawa mempelawa rakyatnya dengan memberi nama terlebih dahulu jika hendak ditempatkan dalam kontena jenazah.
“Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk bagi nama,” kata Sanusi ketika ditanya media sama ada tempat menyimpan mayat pesakit Covid-19 mencukupi atau sebaliknya
Ketua Umno Sungai Petani Shahanim Mohamad Yusoff yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, hatinya hiba mendengar ayat seorang menteri besar yang seakan tidak menunjukkan rasa simpati terhadap keluarga korban Covid-19.
Kenyataan seperti itu menurutnya mengambarkan sikap Sanusi yang tidak sensitif terhadap keluarga yang kehilangan orang tersayang.biada
"Kalau boleh isu yang melibatkan kematian ni janganlah di buat lawak jenaka. Mohon jaga hati rakyat yang terkesan dengan Covid-19 ini," katanya.
Peguam dan aktivis, Syahredzan Johan, menyelar sikap Sanusi membuat lawak tidak kena pada tempatnya.
“160 orang mati hari ini (Jumaat), beliau boleh buat ‘lawak’ macam ini,” kata Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang itu.
“Janganlah kerana keburukan perangai kita menyebabkan Islam dipandang hina,” kata pendakwah Firdaus Wong Wai Hung di entri facebooknya.
BACA: Sanusi sudah tiada kredibiliti untuk tegur rakyat Kedah - Haniff Khatri
BACA:Warganet kurang senang dengan 'seloroh' MB Kedah
Tidak berhenti di situ, Firdaus turut mengingatkan bahawa kematian bukan sesuatu yang boleh dijadikan gurauan apatah lagi datang dari seorang pemimpin parti berasaskan Islam.
“Bergurau ada batasnya.
“Janganlah kerana keburukan perangai anda yang kononya dari parti Islam menyebabkan Islam dipandang hina oleh orang lain. Bertaqwalah,” tulis beliau.
Kenyataan Sanusi turut menarik perhatian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![]() |
Kenyataan Sanusi dianggap keterlaluan dan biadab |
"Pemimpin kena ada empati dan sikap belas. Dengan kes kematian yang meninggi mutakhir ini, kenyataan semacam ini adalah biadab," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Sanusi membuat permohonan maaf, namun menegaskan kenyataan itu hanya gurauan kepada wartawan.
0 Comments