15 NGO cabar Mahiaddin buktikan keabsahan segera


MAHIADDIN
Md Yasin digesa supaya segera membuka sidang khas Parlimen tanpa perlu menunggu sehingga September depan.

Gesaan itu dibuat gabungan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui satu kenyataan bersama susulan dakwaan Ahli Parlimen Pagoh itu bahawa dia memiliki sokongan majoriti sebagai perdana menteri.

Tegas mereka, sidang khas bagi membawakan usul percaya terhadap Mahiaddin itu perlu supaya keabsahannya dapat disahkan agar kerajaan boleh meneruskan rancanganya tanpa tekanan atau gesaan supaya Presiden Bersatu itu menarik dari dari mengepalai kerajaan.
 
“Kami ingin menzahirkan rasa cemas dan ketidakpuasan hati kami dan rakyat terhadap perkembangan politik tempoh hari ketika mana
negara dilanda kes jangkitan dan kematian tertinggi akibat wabak Covid-19.

“Sekiranya Perdana Menteri memiliki majoriti sokongan sebagaimana yang diumumkan pada Rabu, beliau mesti segera mengadakan mesyuarat khas di Parlimen secepat mungkin.

“Tetapi jika tiada majoriti, sudah tiba mandat baharu diberikan kepada kerajaan baharu untuk menyelesaikan musibah yang menimpa rakyat kini dengan sesegera yang mungkin,” menurut kenyataan tegas itu.
 
Kenyataan bersama gabungan 15 NGO itu melibatkan antaranya Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) Gabungan Demi Melayu (DemiMelayu) dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Mahiaddin dalam perutusan khasnya menafikan telah hilang sokongan sebagai perdana menteri susulan penarikan balik sokongan dari beberapa Ahli Parlimen Umno.

Dia berkata bersedia berdepan usul percaya di Dewan Rakyat, namun sidang itu katanya hanya akan diadakan pada September nanti.

Bagaimanapun, Mahiaddin dianggap sebagai 'membeli masa' bagi mencari lebih banyak sokongan.

Majlis Presiden KEADILAN dalam kenyataan baru-baru ini menyatakan agensi kerajaan bakal digunakan untuk menekan Ahli Parlimen supaya menyokong Mahiaddin, Manakala Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bimbang sekiranya Ahli Parlimen bakal ditawarkan ganjaran untuk memberi sokongan terhadap Mahiaddin.

"Rakyat akan melihat sama ada tragedi “katak melompat” berulang.

"“Sebab itu kita minta usul undi percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat disegerakan, sebelum ada lagi yang terperangkap, terpedaya atau terpesona sanggup menjadi ‘katak’,” katanya dipetik.

Dalam perkembangan sama, gabungan NGO berkenaan turut mengemukakan empat cadangan dalam mengatasi krisis politik ketika ini.

 Muhyiddin dicabar buktikan sokongan segera
Antara cadangan itu adalah termasuk mengisytiharkan Darurat Politik di bawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan selama enam hingga lapan bulan.

Selain menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (Mageran) atau Jawatankuasa Khas tanpa mana-mana keahlian ahli politik dan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi serta kesihatan negara akibat pandemik Covid-19.

Post a Comment

0 Comments