KENYATAAN Istana negara yang menyatakan rasa dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap kenyataan pembatalan Orinan Darurat oleh kerajaan PN dibangkitkan Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, kenyataan oleh Istana itu secara jelas menunjukkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin mengabaikan prinsip perlembagaan dan tidak menghormati institusi diraja.
Ia juga dengan jelas memberitahu bahawa Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menteri undang-undang dibawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengelirukan dewan dengan kenyataan bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan.
Anwar sebelumnya membacakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin yang menyatakan Agong amat dukacita dengan kenyataan Takiyuddin Hassan pada 26 Julai bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat, walhal perkara itu belum diperkenankan baginda.
"Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.
"Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuatkuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di parlimen," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menegaskan bahawa baginda bertitah bahawa tindakan Takiyuddin - Ahli Parlimen Kota Baharu yang mewakili PAS itu gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan
Sementara itu, Ahli Parlimen Beruas dari DAP, Datuk Ngeh Koo Ham dalam sidang medianya di Parlimen berkata kini semua ordinan darurat perlu diputuskan dalam Dewan Rakyat.
"Jelaslah, titah Tuanku Agong kepada menteri undang-undang dan peguam negara supaya ordinan darurat, dibentang dan dibahas untuk dibuat keputusan sama ada dirungkaikan atau ditamatkan," tegasnya.
Susulan itu beliau mendesak Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun menerima semula lima usul pembangkang, yang antaranya usul berkaitan proklamasi darurat untuk dibahas dan diluluskan di parlimen.
"Speaker patut bawa usul saya dan membatalkan keputusan beliau yang menolak keempat usul saya berkenaan dengan pengisytiharaan darurat dan tiga lagi ordinan darurat ini.
“Kerana, Agong hari ini telah bertitah bahawa ordinan darurat yang diumumkan dibatalkan oleh menteri udang-undang adalah tidak benar dan masih berkuat kuasa.
"Dan memandangkan usul-usul saya ini berkenaan dengan ordian darurat, maka, haruslah ia dipercepatkan supaya ia dapat diputuskan oleh Dewan Rakyat,” katanya.
![]() |
Institusi Diraja seolah-olah dipermainkan |
Azhar turut menolak usul dikemuka Anwar yang memohon agar Dewan Rakyat membahaskan Proklamasi, Ordinan-Ordinan dan hal-hal berkaitan pengurusan pandemik Covid-19 dalam negara.
0 Comments