ISTERI kepada lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dilapor meninggal dunia malam tadi.
Datin Latifah Sidek menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana positif Covid-19.
Berita sedih berkenaan dikongsikan di akaun Facebook Majlis Sukan Negara (MSN) selepas arwah meninggal dunia pada jam 8.15 malam tadi.
"Dukacitanya dimaklumkan Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
"Sama-samalah kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang disayangiNya. Takziah buat Datuk Misbun," kata MSN menerusi status yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.
Pada 13 Julai lalu, Latifah dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana positif Covid-19.
Sebelum ini arwah pernah dimasukkan di wad untuk rawatan buah pinggang namun terdapat kes pesakit lain positif Covid-19 dan arwah disuruh pulang serta menjalani ujian swab
Perkara berkenaan disahkan oleh pegawai khas Misbun, Nor Kamal Ahmad selepas arwah dimasukkan ke hospital pertengahan Julai lalu sebelum ditidurkan.
Misbun, bekas pemain kebangsaan dan jurulatih kebangsaan, yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal Skuad Remaja Negara, berkahwin dengan Latifah pada 1987.
Pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata, Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita, dan Misbun Awalauddin.
![]() |
Latifah Sidek meninggal dunia malam tadi |
"Salam Takziah buat Datuk Misbun Sidek sekeluarga diatas pemergian Isteri tercinta. Sama-sama kita doakan agar Arwah Datin Latifah Bte Sidek di tempatkan dalam kalangan para Solehah. Al-Fatihah," kata Norza.