AHLI PARLIMEN Tawau dari KEADILAN, Christina Liew mencadangkan kepada kerajaan untuk mengubal menggubal undang-undang jenayah baru bagi menangani insiden suntikan vaksin dengan picagari kosong.
Melalui satu kenyataan, bekas timbalan Ketua Menteri Sabah itu itu berkata undang-undang berkenaan boleh digunakan untuk mengekang tindakan sedemikian daripada berulang.
"Tindakan seseorang menyuntik menggunakan 'picagari kosong' secara sedar dan sengaja seharusnya dianggap sebagai kesalahan jenayah.
"Pandemik Covid-19 adalah soal hidup dan mati, maka tidak boleh berlaku kecuaian. Pemberi vaksin tidak boleh membahayakan lebih banyak nyawa rakyat dengan tidak menunaikan tanggungjawab mereka," katanya dalam kenyataan tersebut.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil , meminta isu di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) seperti suntikan kosong dan penjualan vaksin haram dibahaskan di parlimen.
Untuk rekod, pada bulan lalu dua orang mendakwa mereka menerima suntikan kosong setelah merakam proses tersebut melalui video. Individu lain pula mendakwa mereka tidak dibenarkan mengambil video atau merakam gambar.
Sejak Mei, beberapa pusat pemberian vaksin melarang penerima daripada merakam gambar vaksinasi mereka. Tidak ada peraturan rasmi yang diketahui mengenai perkara tersebut.
Walau bagaimanapun hari ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) berkata orang awam dibenarkan merakam vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mengelak insiden seperti itu dapat dielakkan.
![]() |
Christian turut ulas angka kematian yang tinggi |
“Sehingga 21 Julai, sekitar 7,440 rakyat Malaysia telah meninggal dunia akibat koronavirus.
"Dengan populasi kita sebanyak 32 juta, kadar kematian akibat Covid-19 di negara ini lebih tinggi berbanding Indonesia dan India jika dinilai daripada nisbah bagi setiap sejuta penduduk," katanya lagi.
0 Comments