Tak hormat Ketua Polis, Hamzah tak peduli soal integriti - Peguam




SEJAK Tan Sri Abdul Hamid Bador menedahkan perasaan tidak senangnya terhadap sikap Hamzah Zainuddin yang didakwa suka mencampuri urusan dalaman pihak polis, ramai pihak tampil menyelar tindakan Setiausaha Agung Bersatu itu.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Benut Tawfik Ismail dipetik laporan FMT berkata, tindakan Hamzah itu memperlihatkan bahawa dia tidak menghormati Abdul Hamid sebagai Ketua Polis atau meyakini kemampuan dan komitmen beliau untuk memimpin dan menambah baik pasukan itu.

Pertelingkahan antara terbuka antara menteri dalam negeri dan ketua polis negara menyebabkan kemungkinan berlakunya kemelut kuasa.

“Polis bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang, sementara menteri perlu menjawab kepada orang ramai sekiranya berlaku perkara tidak sepatutnya.” katanya mengulas mengenai peranan antara polis dan menteri dalam sistem undang-undang.

Hamzah baru-baru ini mengesahkan bahawa beliau merupakan individu yang bercakap dalam satu rakaman audio tular.

Dalam rakaman berkaitan rombakan pasukan polis itu, Hamzah dilaporkan menyebut tentang individu dari Perak akan dinaikkan pangkat.

Semalam dalam sidang media terakhir sebagai Ketua Polis, Abdul Hamid menempelak Hamzah deng berkata campur tangan menteri Perikatan Nasional (PN) itu tidak baik untuk negara.

"“Ini harus dielakkan. Menteri tidak boleh campur tangan dalam pengurusan tugas harian”. tegasnya.

Sementara itu, seorang peguam menegaskan bahawa rakaman audio mengenai cadangan untuk melantik individu dari Perak yang merupakan negeri kelahiran Hamzah menimbulkan tanda soal berhubung integriti pasukan polis.

Peguam Rafique Rashid Ali berkata, rakaman itu jelas menunjukkan Hamzah terlah mengetepikan Abdul Hamid dalam urusan pihak berkuasa polis itu.

“Daripada rakaman audio itu, Hamzah nampaknya tidak peduli berhubung isu berkait integriti dan merit apabila melantik pegawai,” katanya.

“Amat mengejutkan apabila menteri dalam negeri menganggap audio tular itu tidak penting.

"Sedangkan kandungannya seolah-olah menunjukkan ketua polis bakal dipilih bukan berdasarkan merit, tetapi kerana beliau mengenalinya,” katanya selain menambah bahawa keputusan tidak menyambung kontrak Hamid semasa pelaksanaan perintah darurat menimbulkan beberapa persoalan.

Pandangan Rafique turut disokong Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang menegaskan bahawa pertukaran pegawai harus dibuat oleh suruhanjaya itu dan bukan kuasa mutlak oleh pengerusinya.

“Tradisinya KPN mencadangkan nama calon untuk dipertimbangkan oleh SPP.

Hamzah dianggap belakangkan integriti
“Kenapa Hamzah bercakap tentang pencalonan individu kelahiran Perak sedangkan keputusan itu harus dibuat oleh SPP?” soalnya dipetik laporan FMT.

Post a Comment

0 Comments