Veteran politik tak percaya 'kerajaan katak' berani siasat 'katak politik'


SEORANG Veteran Umno mempersoalkan apakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkan sebagai “kerajaan katak” bersedia untuk menyiasat “katak politik”.

Shahrir Samad  berkata begitu dalam catatan di Facebook susulan gesaan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aktiviti jual beli pemimpin politik untuk melompat parti yang disifatkan Hamid sebagai satu bentuk 'rasuah besar'

Shahir sifatkan PN sebagai kerajaan katak
“Takkan kerajaan PN nak siasat katak politik! Dia kerajaan katak!," katanya.

Semalam Abdul Hamid Bador mendakwa rasuah politik sedang berleluasa dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jenayah tersebut.

Ketua Polis Negara yang akan bersara minggu depan itu berkata, SPRM kena bertindak dan tanggungjawab itu tidak diserahkan kepada polis semata-mata.

“Saya memerangi rasuah dalam pasukan polis. Tetapi dalam politik, rasuah berlaku di mana-mana.

“Pemimpin mabuk kuasa dan mereka sedia beli orang lain. Itu adalah rasuah,” kata sambil berkata bahawa  rakyat semakin meluat dengan perkembangan politik negara selain beliau juga  bimbang dengan nasib PDRM..

Sebagai rekod, Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini mendedahkan ada usaha terancang bagi membeli maruah pemimpin dari parti itu.

beberapa wakil rakyat KEADILAN Sebelum ini mengaku didatangi atau dihubungi lawan politik mereka bagi menarik mereka menyokong 'kerajaan katak'.

Post a Comment

0 Comments