INSTITUT Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) berpandangan tidak ada keperluan untuk ordinan baru digubal bagi membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri menambah perbelanjaan tanpa pengawasan parlimen
Ketua Pegawai Eksekutif badan penyelidik itu, Tricia Yeoh dalam satu kenyataan menegaskan bahawa peruntukan Perlembagaan Persekutuan sudah cukup untuk kerajaan menggunakan dana awam dalam keadaan darurat.
"Dengan ruang seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kerajaan tidak perlu membuat pindaan terhadap ordinan tersebut dan menafikan hak parlimen dalam keputusan berkaitan Kumpulan wang Disatukan (consolidated funds).
"Selain itu, Yang di-Pertuan Agong telah membenarkan parlimen bersidang dalam tempoh darurat.
"Kerajaan harus memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan kelulusan parlimen bagi dasar kewangan dan membuktikan bahawa mereka akan menangani krisis kesihatan ini dengan penuh kebertanggungjawaban," katanya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan satu undang-undang yang membenarkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat, telah diluluskan.
Kelulusan itu bermakna, Perbendaharaan Malaysia, menteri besar atau ketua menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa kelulusan wakil rakyat.
Perkara ini digariskan dalam ordinan yang dikeluarkan hari ini. Ia memperkenalkan dua seksyen baru, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
Sementara itu, Ideas menjelaskan bahawa perlembagaan memberi mandat kepada kerajaan untuk mendapatkan persetujuan parlimen bagi perbelanjaan atau pengeluaran dari Kumpulan Wang Disatukan, kecuali untuk pinjaman berkanun dan beberapa perbelanjaan yang berkaitan dengan dana amanah.
Walaupun dalam menangani situasi darurat yang mendesak, Ideas berkata perlembagaan menuntut kerajaan mendapatkan persetujuan parlimen, walaupun terdapat sedikit kelonggaran.
"Mesej dalam Perlembagaan adalah jelas; kerajaan mesti bertanggungjawab kepada parlimen jika mereka ingin menggunakan wang rakyat.
"Dengan status demokratik Malaysia yang telah mengalami kemerosotan yang membimbangkan dalam beberapa bulan terakhir ini, ditambah pula dengan undang-undang ordinan darurat berkaitan 'berita palsu' pada awal bulan Mac, soalan harus dibangkitkan adakah kerajaan Perikatan Nasional ingin lakukan apa saja untuk mengelakkan daripada parlimen bersidang semata-mata untuk terus berkuasa," katanya dipetik laporan malaysiakini.
Ketua Pegawai Eksekutif badan penyelidik itu, Tricia Yeoh dalam satu kenyataan menegaskan bahawa peruntukan Perlembagaan Persekutuan sudah cukup untuk kerajaan menggunakan dana awam dalam keadaan darurat.
"Dengan ruang seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kerajaan tidak perlu membuat pindaan terhadap ordinan tersebut dan menafikan hak parlimen dalam keputusan berkaitan Kumpulan wang Disatukan (consolidated funds).
"Selain itu, Yang di-Pertuan Agong telah membenarkan parlimen bersidang dalam tempoh darurat.
"Kerajaan harus memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan kelulusan parlimen bagi dasar kewangan dan membuktikan bahawa mereka akan menangani krisis kesihatan ini dengan penuh kebertanggungjawaban," katanya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan satu undang-undang yang membenarkan perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat, telah diluluskan.
Kelulusan itu bermakna, Perbendaharaan Malaysia, menteri besar atau ketua menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa kelulusan wakil rakyat.
Perkara ini digariskan dalam ordinan yang dikeluarkan hari ini. Ia memperkenalkan dua seksyen baru, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
Sementara itu, Ideas menjelaskan bahawa perlembagaan memberi mandat kepada kerajaan untuk mendapatkan persetujuan parlimen bagi perbelanjaan atau pengeluaran dari Kumpulan Wang Disatukan, kecuali untuk pinjaman berkanun dan beberapa perbelanjaan yang berkaitan dengan dana amanah.
Walaupun dalam menangani situasi darurat yang mendesak, Ideas berkata perlembagaan menuntut kerajaan mendapatkan persetujuan parlimen, walaupun terdapat sedikit kelonggaran.
"Mesej dalam Perlembagaan adalah jelas; kerajaan mesti bertanggungjawab kepada parlimen jika mereka ingin menggunakan wang rakyat.
![]() |
K'jaan mesti bertanggungjawab kepada Parlimen |
0 Comments