SETIAUSAHA AGUNG Parti Keadilan Rakyat (KEDILAN), Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan bahawa parti itu tidak pernah berbincang mengenai isu “khemah besar”.
Perkara itu dimaklumkan Saifuddin yang juga calon Timbalan Presiden parti itu kepada pemberita selepas sesi debat Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar di Sinar Harian semalam.
Menurut Saifuddin, perkara tersebut bukan sahaja tidak dibincangkan dalam mesyuarat mingguan atau bulanan , malah tiada dalam agenda Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
“Secara rasmi dalam mesyuarat parti tak pernah bincang. (Pendapat parti) komponen (dalam Pakatan Harapan) lebih kepada sifat perbincangan yang percambahan idea. Bila lihat situasi politik yang berlaku sekarang , kita bincang dan lontarkan idea.
“Sekarang digembar-gemburkan berkaitan rundingan. Rundingan, ertinya khemah besar, itu adalah pertembungan dalam pemilihan parti…itu sentimen yang cuba dibawa,” katanya.
Sementara itu pada sesi debat semalam, Saifuddin turut mendedahkan bahawa Presiden Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya telah memperoleh jumlah sokongan yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri seperti didakwa sebelum ini.
Malah mereka telah menghantar surat kepada Istana Negara dengan semua dokumen undang-undang untuk membuktikan dakwaan berkenaan.
Januari tahun lalu, Anwar mendakwa mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang lebih daripada mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu.
Bagaimanapun Presiden KEADILAN itu menyatakan perkara berkenaan perlu menunggu ihsan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat makluman berikutnya.
“Apakah jumlahnya cukup? Itu lebih daripada mencukupi kerana ini dalam ruang yang terbuka," jelasnya.
![]() |
Anwar memang dah dapat sokongan jadi PM |
Anwar sebelum ini dijanjikan untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negara, namun ia digagalkan oleh sikap bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohammad yang melengah-lengahkan proses peralihan kuasa itu sehingga ia digagalkan terus melalui 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan HARAPAN disingkirkan sebagai kerajaan dan diganti kerajaan tanpa mandat dari rakyat.
0 Comments