18 remaja mahu saman Muhyiddin, kerajaan dan SPR


SERAMAI 18 remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun mahu mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan susulan penagguhan pelaksanaan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Dipetik laporan Malaysiakini, kumpulan  pro-Undi18 Persatuan Pengundi Muda itu bercadang untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Selain kerajaan mereka turut menamakan Muhyiddin Yassin dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam saman tersebut.

Tindakan undang-undang itu lapor portal berkenaan bagi  memohon deklarasi mahkamah bahawa tindakan SPR menangguhkan Undi18 sebagai tidak rasional, tidak sah, tidak berpatutan dan merupakan pencabulan terhadap hak pengundi.

Mereka juga mahukan pengisytiharan bahawa pengundi berumur 18 ke 20 tahun berhak mengundi menjelang Julai 2021 serta memohon mahkamah membatalkan penangguhan itu.

“Undi18 (Persatuan Pengundi Muda) berpendirian teguh bahawa anak muda yang berumur 18 ke 20 tahun berhak untuk mengundi,” menurut persatuan itu.

Remaja terlibat termasuk aktivis muda Nurul Rifayah, 18, Rifqi Faisal, 18 dan Elisa Shafiqah, 19 dan Lim Yue Kin, 18.

Sebagai rekod, SPR baru-baru ini memaklumkan bahawa pendaftaran Undi 18 dan pemilih automatik hanya akan dilaksanakan selepas September tahun depan.

Mereka mohon deklarasi mahkamah
Pengumuman itu mengecewakan banyak pihak terutama setelah Dewan Rakyat meluluskan RUU bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan had umur calon bertanding kepada 18 tahun pada 16 Julai 2019.


Ia pada awalnya dirancanguntuk dilaksana pada Julai ini.


Post a Comment

0 Comments