AHLI PARLIMEN Sekijang Natrah Ismail sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung percubaan dua individu yang memujuknya memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassi dengan janji manfaat.
Natrah berkata, laporan dibuat itu berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan, seperti diminta suruhanjaya itu semalam.
“Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini Natrah yang merupakan Ahli Parlimen yang mewakili KEADILAN mendakwa beliau dikunjungi dua individu termasuk seorang bergelar “Datuk Seri” pada 3 Maca lalu.
BACA: Saya tak minat sokong Muhyiddin - Natrah
BACA: Saifuddin dedah usaha ‘tarik’ Ahli Parlimen KEADILAN
Dalam pertemuan itu Natrah berkata, beliau ditanyakan apakah berminat untuk untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin serta diberitahu manfaat yang boleh diperolehinya dengan pemberian sokongan tersebut.
Ekoran daripada itu, SPRM menggesa Natrah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan tawaran sogokan kepada ahli Parlimen untuk tampil membuat laporan dengan mereka.
Untuk rekod, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasutuion Ismail pada 27 Febuari lalu mendedahkan adan mengkritik da usaha 'membeli' Ahli Parlimen dengan cara menawarkan ganjaran atau ugutan kepada mereka.
![]() |
Natrah dakwa cuba dipujuk alih sokongan |
Selain Natrah, seorang lagi ahli Parlimen KEADILAN, Awang Husaini Sahari (Putatan) tampil membuat dakwaan serupa.
Melalui satu kenyataan, Awang Husaini berkata dihubungi individu yang membuat tawaran kepadanya sebagai pertukaran untuk sokongannya kepada Muhyiddin.
Sementara itu, Natrah sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak akan mengkhianti parti dan pengundinya dengan tidak akan memberi sokongan kepada Muhyiddin Yassin.
Beliau turut mengingatkan pihak yang berusaha menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang supaya menghentikan usaha itu.
"Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN atau pembangkang amnya, berhenti lah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk," tegasnya.
0 Comments