KEKELIRUAN dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 boleh dielakkan sekiranya Parlimen kembali bersidang, tegas Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN).
Melalui satu kenyataan bersama, sekretariat itu berkata, ahli Parlimen gabungan itu komited untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lain untuk menambah baik prosedur menerusi perbahasan perundangan berkaitan di Parlimen.
"Maka kami menggesa Parlimen bersidang semula segera sebagai salah satu cara untuk menyelamatkan negara, dari sudut kesihatan dan juga ekonomi, dengan menggubal undang-undang dan dasar-dasar yang lebih berkesan.
"Rasional untuk tidak memanggil sidang Parlimen untuk memudahkan pindaan undang-undang sedia ada - yang sepatutnya membantu mengawal penularan Covid-19 - terbukti tidak benar.
"Tanpa kebertanggungjawaban Parlimen, kami risau masalah sedia ada akan berlarutan," kata mereka.
Sekretariat itu turut menyokong kenyataan terbaharu Industries Unite yang mewakili 110 persatuan perniagaan dengan 3.3 juta anggota yang membangkitka kesahan kompaun yang dikeluarkan untuksebarang pelanggaran SOP, tindakan yang terlalu tegas oleh pihak berkuasa, SOP mengelirukan dan kesan keseluruhan terhadap perniagaan.
Kenyataan bersama ditandatangai Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Timbalan Pengarah Pendidikan Politik DAP Dr. Ong Kian Ming itu turut menggesa kerajaan memberikan rasional dan bukti statistik di sebalik perubahan dasar, misalnya kenaikan kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000.
"Apakah bukti kerajaan bahawa nilai asal kompaun RM1,000 untuk mereka yang tidak mematuhi SOP di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) tidak berkesan dalam usaha mengurangkan jangkitan Covid-19?
"Apa yang telah membuatkan kerajaan percaya bahawa meningkatkan nilai ini kepada RM10,000 bagi individu dan RM50,000 bagi syarikat akan menjadikan usaha mengekang penularan Covid-19 lebih berkesan?" soal mereka.
Mereka juga menggesa kerajaan menjelaskan bagaimana data yang dikumpul menerusi aplikasi check-in MySejahtera digunakan untuk menjejak dan mengenal pasti mereka yang berisiko dijangkiti, serta titik panas penularan.
"Sebagai satu contoh, pada November 2020 di Parlimen, dilaporkan bahawa hanya 4 peratus kes positif Covid-19 dijejak menggunakan aplikasi MySejahtera," kata sekretariat itu.
Melalui satu kenyataan bersama, sekretariat itu berkata, ahli Parlimen gabungan itu komited untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lain untuk menambah baik prosedur menerusi perbahasan perundangan berkaitan di Parlimen.
"Maka kami menggesa Parlimen bersidang semula segera sebagai salah satu cara untuk menyelamatkan negara, dari sudut kesihatan dan juga ekonomi, dengan menggubal undang-undang dan dasar-dasar yang lebih berkesan.
"Rasional untuk tidak memanggil sidang Parlimen untuk memudahkan pindaan undang-undang sedia ada - yang sepatutnya membantu mengawal penularan Covid-19 - terbukti tidak benar.
"Tanpa kebertanggungjawaban Parlimen, kami risau masalah sedia ada akan berlarutan," kata mereka.
Sekretariat itu turut menyokong kenyataan terbaharu Industries Unite yang mewakili 110 persatuan perniagaan dengan 3.3 juta anggota yang membangkitka kesahan kompaun yang dikeluarkan untuksebarang pelanggaran SOP, tindakan yang terlalu tegas oleh pihak berkuasa, SOP mengelirukan dan kesan keseluruhan terhadap perniagaan.
Kenyataan bersama ditandatangai Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Timbalan Pengarah Pendidikan Politik DAP Dr. Ong Kian Ming itu turut menggesa kerajaan memberikan rasional dan bukti statistik di sebalik perubahan dasar, misalnya kenaikan kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000.
"Apakah bukti kerajaan bahawa nilai asal kompaun RM1,000 untuk mereka yang tidak mematuhi SOP di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) tidak berkesan dalam usaha mengurangkan jangkitan Covid-19?
"Apa yang telah membuatkan kerajaan percaya bahawa meningkatkan nilai ini kepada RM10,000 bagi individu dan RM50,000 bagi syarikat akan menjadikan usaha mengekang penularan Covid-19 lebih berkesan?" soal mereka.
![]() |
Bimbang masalah sedia ada berlarutan |

0 Comments