KETUA Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan menggesa kerajaan negeri dikepalai Perikatan Nasional (PN) segera mendapatkan vaksin tambahan dari kerajaan pusat bagi memenuhi permintaan sebanyak 2.9 juta pemohon dalam negeri ini.
Aminolhuda yang dipetik media berkata, langkah diambil oleh kerajaan Sarawak dan Selangor dengan membeli vaksin secara peruntukan sendiri adalah usaha yang baik untuk diikuti oleh negeri Johor.
Tambahnya, kerajaan Johor melalui Menteri Besar (MB) Hasni Mohamad boleh mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat bagi mendapatkan vaksin tersebut untuk rakyat di negeri itu.
Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan bersedia memberikan perkhidmatan percuma ujian Covid-19 melalui kaedah RTK khasnya kepada penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar kerana kumpulan ini yang sering terdedah kepada pertemuan ditempat-tempat awam selain di tempat kerja.
“Sekiranya lambat untuk menunggu vaksin dari kerajaan pusat, kerajaan negeri boleh mengambil inisiatif dengan membuat pembelian sendiri vaksin berkenaan.
“Johor sebelum ini hanya bergantung kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dalam isu penerimaan vaksin ini yang mana pada fasa pertama ia hanya mencapai sebanyak 70,200 penerima dan fasa kedua hanya mencapai sebanyak 600,000 penerima.
“Perkara ini akan jadi lambat sekiranya Johor ingin menyasarkan kepada 2.9 juta penerima vaksin. Ini penting kerana Johor adalah pintu sempadan antara Singapura dan Malaysia. Kita jauh lebih ketinggalan dengan negeri Sarawak,” katanya dipetik.
ADUN Parit Yaani itu turut mengkritik Hasni yang dakwanya seolah-olah tidak ada usaha bersungguh dalam doal vaksin kepada rakyat.
“Sepatutnya Johor merasa malu dengan kerajaan negeri Sarawak yang terlebih ke depan dalam isu mendapatkan vaksin ini.
![]() |
Johor digesa ikut langkah Selangor dan S'wak |
“Ternyata apa yang berlaku hari ini, kerajaan Johor hanya sepi dalam membicarakan soal vaksin ini dan ia tidak sepatutnya membiarkan rakyat terus terbeban dengan keadaan ini,” tambahnya.
0 Comments