PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA (MMA) menggesa audit segera terhadap kit ujian RTK-Antigen diadakan.
Gesaan itu dibuat susulan aduan bahawa sebahagian daripadanya gagal mengesan kes positif Covid-19 terutama varian Covid-19 yang lebih baharu yang dilaporkan kemunculannya di negara ini.
Presiden MAA Dr Subramaniam Muniandy yang dipetik laporan FMT memberi amaran keputusan negatif palsu mampu mengakibatkan Covid-19 lebih menular dalam komuniti.
“Ada kira-kira 17 kit ujian RTK-Antigen yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), namun tidak semua kualitinya sesuai,” katanya dalam kenyataan.
“Pengamal perubatan bimbang, dengan begitu banyak kit yang ada kini, sama ada audit dijalankan secara tetap sebaik ia diluluskan dan berada di pasaran?
“Kami menggesa Kementerian Kesihatan menerusi MDA supaya segera melakukan audit disusuli audit kerap terhadap semua kit ujian RTK-Antigen yang kini ada di pasaran.” tegasnya sambil menegaskan kualiti kit RTK-Antigen amat penting untuk membolehkan pengamal perubatan mengenal pasti kes positif.
Subramaniam turut menggesa supaya platform dalam talian diwujudkan untuk membolehkan pengamal perubatan membuat aduan mengenai isu dihadapi ketika menggunakan kit ujian berkenaan.
Bawah SOP ujian saringan Covid-19, mereka yang mendapat hasil ujian positif menerusi saringan RTK-Antigen kemudian perlu menjalani ujian RT-PCR untuk mengesahkannya.
Sementara itu, Subramaniam turut menegaskan bahawa saringan RTK-Antigen tetap penting sebagai kaedah “pantas dan berkesan” untuk mengesan jangkitan Covid-19.
“Lebih cepat jangkitan dikesan, lebih cepat kita dapat mengasingkan kes positif seterusnya mengekang penularan Covid-19,” katanya.
Sebagai rekod, penularan wabak itu di Malaysia semakin membimbangkan.
Portal Malaysiadateline semalam melaporkan bahawa Malaysia telah menduduki tangga ke-10 dunia yang merekodkan kadar kes jangkitan tertinggi bagi setiap sejuta penduduk.
Berdasarkan data Universiti John Hopkins yang dikemaskini setakat 11 Mei lalu, kadar kes mingguan Covid-19 di negara ini kini sudah melepasi United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Malaysia mencatatkan kadar 833.34 per sejuta penduduk dijangkiti pandemik itu manakala Filipina (425.26), Cambodia (262.1), Thailand (200.29) dan Indonesia 133.7.
Rekod tersebut sekali gus menyaksikan situasi pandemik yang membawa maut itu di Malaysia sebagai paling teruk dalam ASEAN.

![]() |
Situasi jangkitan di Malaysia bertambah buruk |

0 Comments