Vaksin: Siasat dakwaan VVIP potong barisan, gesa Ahli Parlimen


AHLI PARLIMEN Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan VVIP memotong barisan di pusat vaksinasi Covid-19.

Dipetik laporan media, Kelvin berkata beliau menerima aduan daripada orang ramai sesetengah daripada VVIP itu mahu mengelakkan beratur dan terus ke kaunter khas untuk orang kurang upaya.

“Orang ramai menghantar gambar kejadian itu kepada saya,” katanya sambil menambah beliau sedia berkongsi gambar itu dengan pihak berkuasa berkaitan.

Tegasnya, jika dakwaan dwistandard itu benar, pihak berkuasa perlu menangani isu potong barisan itu dengan segera.

Terima aduan dari orang ramai
“Kita tidak boleh membenarkan sebarang dwistandard dan sesiapa pun memotong barisan tanpa mengira status, terutama di kawasan yang dikhaskan untuk orang dengan keperluan khas,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, wakil rakyat DAP itu menggesa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dan Kementerian Kesihatan menyiasat dakwaan itu segera.

Post a Comment

0 Comments