PENGASAS Suzzy Helmets, Shahid Al Warith Abdul Aziz dilapor meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, Ahad lalu di Perak.
Memetik laporan portal Malaysiakini,Shahid, 25, meninggal dunia ketika dikejarkan ke Hospital Gerik setelah terlibat dalam kemalangan berhampiran hentian rehat Titiwangsa.
Difahamkan, Shahid bersama enam lagi rakannya sedang berkonvoi ketika kejadian itu berlaku.
Rakannya, Nor Ezam Abd Manan yang juga seorang penggiat binaan khas turut dilapor meninggal dunia di tempat kejadian.
![]() |
Antara karya Shahid Al Warith |
Tambah Qayyuum, dia dimaklumkan rakan-rakan Shahid bahawa kemalangan berkenaan melibatkan sebuah pacuan empat roda yang terbabas dari arah bertentangan.
Shahid yang merupakan anak kelahiran Temerloh, Pahang mengasaskan Suzzy Helmets pada 2016 dan sejak itu terus menampah nama dalam komuniti kustom atau binaan khas di Malaysia.
BACA: Pengurus Marrybrown maut dihempap motosikal
Jenazah Shahid dan Nor Ezam selamat dikebumikan masing-masing di Tanah Perkuburan Sungai Karang Darat, Kuantan dan Tanah Perkuburan USJ22, Subang, semalam.
0 Comments