SEORANG penganalisis politik terkenal melihat perutusan terbaru Mahiaddin Md Yasin semalam sebagai “tidak bermakna” melainkan Ahli Parlimen Pagoh itu bertindak ke atas apa yang diucapkannya.
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Muhyiddin kini “terkenal” kerana menggunakan pelbagai taktik untuk menangguhkan, membatalkan dan menunda persidangan Parlimen dan kesediaan Mahiaddin berdepan usul undi percaya dalam Dewan Rakyat setakat ini hanya boleh dianggap 'hanya cakap semata-mata'.
“Kerajaan sengaja mengelirukan Parlimen dengan kekebalan yang ada, tidak ada lagi kredibiliti yang masih tinggal apatah lagi daripada kata-kata seorang perdana menteri yang berulang kali mengelak usul percaya,” katanya dipetik laporan FMT.
Semalam Mahiaddin dalam perutusan khas selepas menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mengumumkan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri biarpun beberapa Ahli Parlimen Umno didakwa telah menarik semula sokongan terhadapnya.
Dia bertegas masih mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat selain kerajaan akan membentangkan usul percaya pada September ini untuk menguji keabsahannya.
Bagaimanapun Si Sun mempertikai usul itu kerana jelasnya biarpun Parlimen akan dibenarkan bersidang, usul undi percaya biasanya akan dibuat pada penghujung agenda.
Dipetik laporan sama, ahli akademik Azmi Hassan berkata, Muhyiddin tidak mempunyai “pilihan lain” tetapi menguji keabsahan di Parlimen.
![]() |
Mahiaddin terkenal sebagai 'banyak helah' |
“Sudah tentu, apa saja boleh berlaku ke atas perkembangan politik Malaysia dalam tempoh sebulan memandangkan Ahli Parlimen boleh mengubah kedudukan mereka hanya dalam beberapa minit,” katanya menurut laporan itu.
0 Comments