WANITA Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat laporan polis bagi mendesak supaya Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yasin.
Timbalan Ketua Wanita HARAPAN, Senator Aiman Athirah Sabu berkata, laporan polis itu dibuat pada 8 malam semalam setelah mereka percaya Presiden Bersatu itu berbohong kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai jumlah sokongan Ahli Parlimen yang dimilikinya.
Tegasnya, kira-kira 115 Ahli Parlimen, iaitu 107 daripada pembangkang dan lapan daripada Umno, sepakat menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan mengisytiharkan kehilangan kepercayaan terhadap beliau.
“Dalam sidang medianya, beliau (Mahiaddin) berkata telah mempersembahkan sejumlah sokongan Ahli-ahli Parlimen yang masih menyokongnya.
“Angka yang beliau persembahkan itu jelas palsu kerana sekitar 115 Ahli-ahli Parlimen telah sepakat menolak kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri.
“Justeru itu, kami berpendapat yang berkemungkinan besar Mahiaddin mempersembahkan akuan sokongan palsu kepada Yang di-Pertuan Agong apabila beliau menyembah maklum bahawa masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan.
![]() |
Mahiaddin dipercayai tipu Agong |
Dengan 115 Ahli Parlimen telah menyatakan untuk tidak menyokong Mahiaddin, Perdana Menteri itu hanya mempunyai 105 sokongan, berlawanan dengan kenyataan Mahiaddin dalam perutusan khas semalam yang mendakwa dia masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.
0 Comments