HARAPAN tuntut sahkan keasbahan Mahiaddin minggu depan


SATU sidang khas Parlimen perlu diadakan pada 9 Ogos ini bagi menentukan keabsahan sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin kata Pakatan Harapan (HARAPAN).

 Majlis Presiden HARAPAN melalui satu kenyataan membuat gesaan itu setelah mendakwa Muhyiddin tidak bercakap benar dan memberi kenyataan mengelirukan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung sokongan Ahli Parlimen.

Katanya, desakan itu bertujuan mengulangi pendirian semua parti dalam blok pembangkang termasuk Ahli Parlimen yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
“Ini adalah satu tindakan penderhakaan tertinggi terhadap Ketua Utama Negara dan tidak patut dimaafkan.

“Perkara ini boleh disahkan tanpa sebarang keraguan dengan mengadakan sidang khas Parlimen dengan satu urusan sahaja, iaitu membentang, membahas dan memutuskan undi tidak percaya terhadap Mahiaddin (Muhyiddin),” menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, “penipuan” yang dilakukan di peringkat tertinggi negara itu memerlukan tindakan tegas dan keputusan menangguhkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin sehingga September “amat tidak wajar”.

“Isu sokongan terhadap Mahiaddin  dan kestabilan kerajaan Perikatan Nasional mesti diputuskan sekarang. Selagi mana ia ditangguhkan, selagi itulah isu kestabilan dan keberkesanan kerajaan tidak dapat diselesaikan,” kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangai Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Malam tadi, Naib Ketua Wanita HARAPAN membuat laporan polis terhadap Mahiaddin setelah percaya Ahli Parlimen Pagoh itu berbohong kepada Yang Dipertuan Agong.

Senator  Aiman Athirah Sabu berkata seramai 115 Ahli Parlimen daripada 220 kerusi di isi di Dewan Rakyat menyatakan penolakan terhadap kepimpinan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri yang sekaligus menafikan kenyataan Presiden Bersatu itu yang mendakwa kononnya masih memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan.

 Isu sokongan mesti diputuskan segera


Sementara itu Majlis Presiden dalam kenyataan sama menuntut agar semua penjawat awam khususnya badan penguat kuasa terus bertindak secara profesional, neutral dan tidak mengikut selera politik parti pemerintah dengan mendakwa berlaku tekanan dan ugutan terhadap Ahli Parlimen khususnya dalam perihal sokongan terhadap Perdana Menteri.

Post a Comment

0 Comments