Puad Zarkashi 'pelawa' Muhyiddin berdebat



AHLI Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, mempelawa Muhyiddin Yassin untuk berdebat dengannya.

Dipetik laporan Malaysiakini, cabaran dilontarkan Puad itu hadir menjelang peguamnya menjawab surat tuntutan saman RM10 juta berhubung satu hantaran media sosial dibuat bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu yang didakwa memfitnah Presiden Bersatu itu.

"Sudikah Muhyiddin berdebat?" tanya bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu.

Puad memang selalu bersikap kritikal dan sinis terhadap Muhyiddin dalam banyak itsu termasuk yang terbaharu berhubung lawatan rasmi Mauhyiddin ke Jakarta ketika rakyat masih berdepan Perintah Kawalan pergerakan (PKP)

Mohd Puad sebelum ini membuat kenyataan bahawa Muhyiddin enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi tersebut sehingga kerajaan melalui Menteri Kesihatan Adham Baba mengeluarkan arahan baru melalui Warta Persekutuan untuk menetapkan bahawa kuarantin menteri yang keluar negara hanya memerlukan tiga hari.

“Rupanya dalam bab saman tidak timbul isu ‘antara dua darjat’. Satu hari nanti tidak mustahil akan ada nelayan, penoreh atau pemandu Grab yang akan disaman oleh perdana menteri.

"Kalau saman boleh, kenapa debat tidak boleh? Semoga Sinar (Harian), Astro atau RTM boleh jadi hos," katanya dipetik.

Mengulas lanjut mengenai jemputan debat tersebut, Puad berkata tujuannya bukan untuk cari siapa yang salah, tetapi cari apa yang salah.

Sebelum ini Puad mempertahankan kenyataannya malah menyifatkan tindakan saman Muhyiddin sebagai satu bentuk pembulian terhadapnya.

 Puad Zarkashi cabar Muhyiddin debat
“Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli oleh Tan Sri Muhyiddin seperti mana Umno dibuli.


“Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting (hantaran) dalam Facebook saya”, katanya dipetik laporan media minggu lalu.

Post a Comment

0 Comments