Kurang seminggu sebelum sekolah buka, mana komputer riba?

 


KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) sekali lagi dikritik susulan keputusannya membuka semula sekolah mulai Mac.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata pengumuman 'mengejut' itu mengganggu rancangan guru yang sedang bekerja keras membuat persiapan mengikut manual pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) 2.0 Kementerian Pendidikan.

Menyifatkan keputusan itu dibuat dengan perancangan yang lemah, Nie Ching berkata, ia bermakna modul PdPR 2.0 yang sedang disiapkan golongan pengajar itu hanya akan digunakan selama satu minggusedangkan guru menghabiskan banyak masa untuk menyiapkan modul berkenaan.

“Guru bekerja tanpa henti untuk menyiapkan jadual dan modul baharu yang akan disampaikan mulai minggu ini, tepatnya pada 22 Feb dan seterusnya. Mereka menghabiskan berjam-jam dan apatah lagi kos untuk menyiapkan bahan yang akan dihantar kepada pelajar.

“Perancangan lemah di pihak kementerian membuatkan guru, ibu bapa, dan pelajar kita menderita. Tidak konsisten dan sikap acuh tak acuh menyebabkan banyak pihak di sektor pendidikan sakit hati, bermasalah, dan dilema,” katanya.

Keputusan 'tiba-tiba' kementerian pendidikan membuka semula sekolah dikritik banyak pihak, ia selepas ramai ibu bapa membeli gajet bagi membolehkan anak-anak mereka mengikuti PdPR 2.0 secara dalam talian.

BACA: Majlis Presiden HARAPAN gesa PN berhenti buat pengumuman mengejut


Ibu bapa kurang berkemampuan sebelum ini dilapor bergelut mendapatkan gajet bagi tujuan pembelajaran yang memaksa dermawan Ustaz Ebit Liew, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim serta ramai lagi mengumpul dana dan mengagihkan gajet percuma bagi membantu pelajar.

Sementara itu, dalam kenyataanya juga, Nie Ching sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai 150,000 komputer riba yang sepatutnya diedarkan kerajaan kepada pelajar dalam Belanjawan 2021.

 Nie Ching soal dimana 150,000 komputer riba
“Pada 27 Jan, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menyatakan pemberian 150,000 komputer riba oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dipercepatkan ke Februari.

“Dalam enam hari lagi, kami menyambut Mac tanpa petanda 150,000 komputer riba yang dijanjikan menteri kewangan,” katanya.

Difahamkan, komputer tersebut yang asalnya dijanjikan kepada pelajar telah ditukar kepada program pinjaman mirip buku teks.

Syed Saddiq sebelum ini menimbulkan persoalan apakah ibu bapa terpaksa menggantikan gajet pinjaman itu sekiranya ia rosak ketika digunakan.

 

Post a Comment

0 Comments