PENTADBIRAN Muhyiddin Yassin perlu menghentikan dasarnya dalam membuat pengumuman tergempar secara mengejut.
Gesaan itu disuarakan Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) susulan beberapa pengumuman yang dilihat membebankan rakyat antaranya berkaitan pembukaan kembali sekolah mulai 1 Mac ini setelah ibu bapa mendapatkan peranti bagi membolehkan anak-anak mereka mengikuti proses pembelajaran dalam talian seperti dipraktikalkan baru-baru ini.
"... (perkara ini) membuatkan mereka yang telah membeli komputer riba dan tablet tertanya-tanya apakah mereka boleh menggunakan duit yang telah dibelanjakan itu ke arah perkara-perkara lain.
"Dasar membuat pengumuman tergempar seperti ini wajib diberhentikan, dan kerajaan perlu menyatakan perancangan untuk menyelamatkan anak-anak ini yang disebut ‘generasi yang hilang’," kata Majlis Presiden HARAPAN melalui kenyataan media.
Kenyataan itu menyorot bahawa dari segi ekonomi, penuncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.6 peratus, iaitu lebih buruk daripada yang dijangkakan dalam Belanjawan 2021 (4.5 peratus).
"Ada keperluan segera untuk menyelamat, membina semula dan mereformasikan ekonomi, lebih daripada usaha yang sedang dilakukan ini, yang amat tidak mencukupi.
"Rakyat perlu dibantu dan pakej rangsangan tambahan sebanyak RM45 bilion diperlukan, iaitu tambahan kepada RM15 bilion yang telah diumum awal tahun ini.
"Kami masih menunggu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengotakan janji bantuan kebajikan bulanan RM1,000 yang perlu dipanjangkan kepada golongan yang menganggur," kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Mereka sebelumnya mengadakan mesyuarat bagi membincangkan situasi semasa berkaitan pendemik Covid-19.
Hasil mesyuarat itu juga pada dasarnya menyatakan cara terbaik untuk menyelamatkan ekonomi adalah dengan menangani wabak Covid-19.
![]() |
Dasar buat pengumuman mengejut perlu dihentikan |
Selain itu mereka turut menggesa agar penggantungan parlimen ditamatkan agar badan perundangan dapat memainkan peranannya dalam melaksanakan reformasi.
0 Comments