PIHAK polis dilapor telah membuka kertas siasatan terhadap Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.
Kertas sisatan di bawah Akta Hasutan dan Akta Multimedia dan Komunikasi itu difahamkan berhubung komen dibuat kedua-dua mereka selepas Mahkamah Persekutuan mendapati portal Malaysiakini bersalah menghina mahkamah melalui komen pembacanya pada Jumaat lalu.
"Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) untuk hasutan dan Seksyen 233 di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi.
"Pengadu membuat dua laporan berasingan, satu terhadap Steven, satu terhadap YB Charles.
"Kami belum menghubungi mereka, tetapi kami akan segera menghubungi mereka untuk memudahkan siasatan," kata Ketua Polis Daerah (OCPD) Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah ketika mengesahkan laporan itu.
Menurut Adzli, dua laporan polis berasingan telah dibuat oleh seorang individu yang mewakili sebuah NGO yang berpusat di Gurun, Kedah.
Pada Jumaat lalu, Prosiding penghinaan terhadap Malaysiakini dan Gan dimulakan oleh Peguam Negara Idrus Harun berhubung komen yang dibuat oleh pembaca di laman web berita itu
Idrus berkata kedua-dua responden telah menghina mahkamah dengan memfasilitasi komen lima pembaca mengenai satu artikel bertarikh 9 Jun yang bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1.”
![]() |
Laporan terhadap kedua mereka dibuat individu sama |
Malaysiakini didenda RM500,000 atas dakwaan menghina mahkamah dengan majoriti 6-1, Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak menjatuhkan hukuman terhadap Gan.