Melalui satu kenyataan media, Suhakam berkata, rangka perundangan negara mestilah seiring dengan perkembangan media digital semasa.
“Hak kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak dan dibatasi oleh undang-undang demi menjaga keselamatan negara, ketenteraman awam atau moral dan hubungan antarabangsa.
“Bagaimanapun, Suhakam ingin menyatakan bahawa hari ini, dalam dunia digital di mana perbincangan boleh dilakukan secara umum, pemilik portal tidak wajar bertanggungjawab atas komen yang dibuat oleh orang ramai di portal mereka.
“Susulan itu, Suhakam menegaskan bahawa rangka perundangan negara harus seiring dengan media digital yang terus berkembang dan berfungsi sebagai platform wacana dan ekspresi mengenai isu-isu kepentingan awam,"kata badan hak asasi manusia itu.
Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Malaysiakini bersalah kerana menghina mahkamah menerusi komen yang dibuat pembacanya.
Portal itu dikenakan denda sebanyak RM500,000 yang kemudian berjaya dikutip dalam tempoh kira-kira lima jam setelah kempen mengumpul dana membantu portal itu dilancarkan. '
Kes membabitkan Malaysiakini itu menarik perhatian banyak pihak termasuk pemimpin politik tempatan serta agensi berita dan diplomat asing.
Sementara itu Suhakam berkata, media merupakan instrumen penting yang menyumbang ke arah kesedaran dan perlindungan hak asasi manusia menerusi laporan mereka di negara ini.
“Dalam hal ini, perlu ada persekitaran bagus untuk media supaya dapat bekerja untuk melaporkan kepentingan awam.
“Sebarang tuntutan atau langkah untuk menghapuskan kandungan digital perlu berasaskan undang-undang yang sah, pengawasan bebas dan melalui kaedah yang perlu dan wajar untuk mencapai tujuan sah yang disebutkan di atas,"kata mereka lagi.
![]() |
Media instrument utama lapor kepentingan awam |
Untuk rekod, Suhakam ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).Suruhanjaya adalah bertanggungjawab untuk menerima dan menyiasat aduan-aduan berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia,
0 Comments