KETUA PEMBANGKANG di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mempersoal alasan diberikan Muhyiddin Yassin berkenaan isu berkaitan Darurat.
Menurut Anwar, penjelasan Muhyiddin Muhyiddin Yassin mengenai keperluan pelaksanaan perintah itu masih tidak menjawab soalan tentang keputusannya menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Tambahnya, tidak ketinggalan banyak lagi soal lain yang tidak disentuh mengenai justifikasi darurat seperti soal pendidikan, kesan kepada peniaga-peniaga kecil serta keperluan menaikkan denda kepada orang awam yang melanggar prosedur operasi standard (SOP)
“(Penjelasan Perdana Menteri) banyak tertumpu kepada soal hanya masalah kilang dan masalah pekerja asing dan penguatkuasaan SOP yang memang kita setuju, tetapi denda tambahan saya tidak setuju.
“Selain itu saya nak tanya walaupun sebelum saya baca (teks ucapan Perdana Menteri) sepenuhnya… yang nak gantung Parlimen sebab apa? Gantung Dewan Undangan Negeri (DUN) apa kena mengena? Tapi kita tahu sebabnya, gantung Parlimen sebab mereka (Perikatan Nasional) dah hilang majoriti,” tegas Anwar.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata demikian ketika mengendalikan sesi Bicara Covid-19 Dan Kesiapsiagaan Negeri, yang disertai Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Anwar turut melihat beberapa tindakan dilaksana kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini sebagai tidak memahami penderitaan ditanggung rakyat.
Anwar merujuk langkah PN membataskan perniagaan peniaga-peniaga kecil serta cadangan mengenakan denda jumlah lebih tinggi berbanding sekarang.
"Orang cari makan nak kena denda, manalah nak boleh bayar. Jadi nak ugut orang ramai dengan denda daripada RM1,000 nak tambah lagi jadi RM1,500… RM2,000, itu semua akan bawa bencana baharu kepada rakyat,” tegas beliau lagi.
Pandangan disuarakan Anwar turut disambut ketiga-tiga ketua negeri yang bersama dalam sesi itu.
Kon Yeow berkata, masih tiada justifikasi kukuh mengenai keperluan menggantung Parlimen dan DUN.
“Sehingga kini tak ada apa-apa justifikasi dan alasan yang dapat meyakinkan rakyat bahawa Parlimen dan DUN perlu dihentikan mesyuarat,” katanya lagi.

![]() |
Apa alasan kukuh gantung parlimen? |

0 Comments