Anwar masih pilihan utama calon PM wakili HARAPAN - Guan Eng


SETIAUSAHA
Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan utama DAP sebagai calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

pendirian itu didedahkan bekas Menteri Kewangan itu pada  program bual bicara secara maya Midan Profesor Negara bertajuk "Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?" anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) pada Khamis.

"Buat masa ini masih lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kerana ini berpandukan keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan.

"Sekiranya ada apa-apa perubahan calon Perdana Menteri, ia mesti melalui keputusan Pakatan Harapan," katanya pada program itu.

Ketika mengulas cadangan untuk menamakan individu lain dikalangan pembangkang untuk jawatan itu, Lim menjelaskan bahawa ia cuma pilihan, namun beliau berharap pemimpin pembangkang lain dapat menyokong pendirian dibuat HARAPAN.

"Kita (DAP) melihat pilihan-pilihan sedia ada, iaitu selain daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pilihan lain ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Anwar tetap pilihan utama
"Tetapi terdapat pilihan lain iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, itulah pilihan yang ada ketika itu, tetapi Pakatan Harapan kita sokong Datuk Seri Anwar sebagai calon Perdana Menteri," jelasnya lagi.


Post a Comment

0 Comments