Covid-19: Pulau Pinang rancang buat saringan skala besar


KERAJAAN
Negeri Pulau Pinang merancang untuk mengadakan ujian saringan Covid-19 berskala besar Covid-19 di negeri itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow  berkata inisiatif itu yang bakal dijalankan dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) cawangan Pulau Pinang, dikenali sebagai Penang S.A.F.E dan akan menggunakan kaedah ujian RT-PCR terkumpul bagi mengurangkan kos terutama apabila sejumlah besar pekerja perlu menjalani ujian tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau berharap Jabatan Kesihatan akan mempertimbang untuk mempercepat kelulusan berhubung penganjuran program tersebut.

"Kaedah ini akan menjimatkan wang dan masa. Sebagai contoh, kilang terbabit akan mengaturkan supaya lima pekerja yang tinggal di tempat sama menjalani saringan itu.
"Sampel akan dikumpul dalam satu tiub ujian berbanding lima tiub berasingan.

"Kami telah mengemukakan kaedah ini kepada Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri) Dr Noor Hisham Abdullah tetapi kami belum menerima sebarang maklum balas atau kelulusan," katanya.

Kon Yew sebelumnya hadir dalam program 'Bicara Covid-19' yang disiarkan secara langsung di facebook semalam.

Turut hair dalam program bagi merungkai isu pendemik itu adalah Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Sementara itu, Kow Yeow berkata pendekatan negeri itu dalam menangani Covid-19 membabitkan 3T iaitu ujian (testing), pengesanan (tracing) dan rawatan (treatment).

Justeru, beliau berkata terdapat keperluan untuk meningkatkan jumlah ujian bagi membolehkan langkah seterusnya iaitu pengesanan dan rawatan dilakukan.

 Kow Yeow harap program diluluskan kementerian
"Ujian berskala besar amat penting jika kita ingin melandaikan lengkuk di sini.

"Jika kita tidak mengasingkan kesemua kes positif ini, ia akan menular dalam komuniti dan rantaian jangkitan Covid-19 akan menjadi lebih sukar diputuskan," katanya.

Post a Comment

0 Comments