MAJLIS Setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN) kekal dengan pendirian menolak sebarang usaha mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum penggal ini berakhir.
Melalui satu kenyataan media, mereka menegaskan mandat rakyat yang 'dicuri' melalui langkah Sheraton perlu dikembalikan semula kepada mereka.
Pendirian itu dibuat susulan kenyataan Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin yang kebelakangan ini sering membangkitkan isu berkaitan pilihan raya.
"Amat jelas rakyat Malaysia tidak inginkan pilihan raya pada waktu ini, tetapi mahu kestabilan politik untuk menyelesaikan isu pandemik dan ekonomi.
"Maka HARAPAN kekal dengan pendirian bahawa pilihan raya tidak diperlukan memandangkan mandat yang diberikan rakyat pada PRU14 adalah sah sehingga tahun 2023.
"Yang diperlukan adalah pengembalian mandat tersebut kepada pihak yang sepatutnya pada kadar segera," kata kenyataan itu.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mohd Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Melalui satu sidang media baru-baru ini, Muhyiddin berjanji bahawa Pilihan Raya akan diadakan sebaik tempoh Darurat ditamatkan.
Presiden Bersatu itu sebelum ini dikritik kerana mengantung persidangan Parlimen dan DUN selepas dia mengusulkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi melaksana perintah Darurat sehingga 1 Ogos depan.
Tindakan itu dilihat sesetengah pihak sebagai usaha Muhyiddin mempertahan jawatannya, walaupun dia didakwa telah hilang majoriti sokongan dalam Dewan Rakyat susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen Umno menarik semula sokongan mereka.
Muhyiddin sehingga kini tidak pernah membuktikan keasbahan sokongannya melalui undi percaya di dalam Dewan Rakyat.
Sementara itu, kenyataan itu turut berkata, Majlis Presiden HARAPAN turut membincangkan isu Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang telah diumumkan pada 12 Januari lalu.
![]() |
HARAPAN dapat mandat rakyat pada PRU lalu |
"Ini amat mendukacitakan kerana kami diberi gambaran bahawa jawatankuasa ini penting untuk meneliti keadaan semasa bagi membuat pengesyoran berkaitan penamatan darurat," kata mereka.
0 Comments