BEKAS pengerusi Mara Incorporated (Mara Inc) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan menerima habuan RM33.45 juta daripada urus niaga hartanah di Australia.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan yang suspek bergelar Datuk itu ditahan ketika hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.
Dijangkakan suspek yang berusia 65 tahun itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur, Jumaat ini dengan 22 pertuduhan rasuah
"Pendakwaan adalah di bawah Seksyen 16 (a), 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010," memetik kenyataan yang dikeluarkan SPRM semalam.
Siasatan SPRM berhubung skandal itu bermula setelah pendedahan dibuat portal The Sydney Morning Herald.
Portal itu melaporkan seorang individu rakyat Malaysia yang bermastautin di Australia telah didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing dan empat lagi tuduhan akaun palsu berkaitan penjualan blok penginapan pelajar Dudley House di Melbourne kepada Mara Inc.
Sebagai rekod, Seksyen 16 (a) berkenaan kesalahan "secara rasuah meminta, menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain" apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah.
![]() |
Suspek bakal dituduh dengan 22 pertuduhan |
Kedua-dua seksyen memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.
0 Comments