LANJUTAN
tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) semata-mata tidak akan membawa
perbezaan terhadap kenaikan kes positif Covid-19 sekiranya
langkah-langkah tepat tidak dilaksanakan.
Demikian pandangan bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye sebagai mengulas keputusan Perikatan Nasional melanjutkan tempoh PKP sehingga 18 Febuari depan.
Tambah Boon Chye, walaupun langkah melanjutkan PKP mungkin dapat melambatkan penularan, jumlah kes jelasnya akan kembali meningkat sebaik sekatan ditamatkan.
“PKP adalah satu kaedah yang ‘kurang berkesan’ dalam mengawal penularan. Ia tidak bersasar dan kes Covid akan meningkat lagi dalam masa singkat,” katanya dipetik laporan FMT.
Ahli Parlimen Gopeng itu turut mempersoalkan rancangan kerajaan, sekiranya jumlah Covid-19 menurun kepada lebih 1,000 kes sehari sebelum Tahun Baharu Cina.
“Apakah rancangan mereka selepas itu? Mereka perlu mengkaji semula semua kesilapan yang pernah dilakukan selama ini untuk mengelakkan lebih banyak lagi PKP.” tegasnya.
Sementara itu, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu turut memberi beberapa cadangan bagi memastikan penularan wabak itu mampu dikawal ketika ini.
Jelasnya, berpandukan data daripada PKP semasa sejak 13 Jan lalu, pihak berkuasa kini mempunyai lebih banyak maklumat mengenai lokasi penularan dan pengesanan kontak rapat perlu dilaksana segera dalam tempoh 48 jam pertama kes itu dilaporkan.
Pengesanan kontak rapat itu jelasnya mudah diperolehi kerana pergerakan orang ramai yang terhad semasa PKP.
Selain
itu tegasnya, kerajaan perlu membentuk satu rangkaian kebangsaan
membabitkan pemimpin masyarakat tempatan, NGO dan persatuan untuk
melakukan pengesanan kontak rapat.
“Sekiranya terdapat kes positif, rangkaian ini dapat segera menghubungi mereka yang berada di kawasan sama. Hanya dengan cara itu, kes Covid-19 akan menurun sebaik PKP ditamatkan.” tambahnya lagi.
Demikian pandangan bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye sebagai mengulas keputusan Perikatan Nasional melanjutkan tempoh PKP sehingga 18 Febuari depan.
Tambah Boon Chye, walaupun langkah melanjutkan PKP mungkin dapat melambatkan penularan, jumlah kes jelasnya akan kembali meningkat sebaik sekatan ditamatkan.
“PKP adalah satu kaedah yang ‘kurang berkesan’ dalam mengawal penularan. Ia tidak bersasar dan kes Covid akan meningkat lagi dalam masa singkat,” katanya dipetik laporan FMT.
Ahli Parlimen Gopeng itu turut mempersoalkan rancangan kerajaan, sekiranya jumlah Covid-19 menurun kepada lebih 1,000 kes sehari sebelum Tahun Baharu Cina.
“Apakah rancangan mereka selepas itu? Mereka perlu mengkaji semula semua kesilapan yang pernah dilakukan selama ini untuk mengelakkan lebih banyak lagi PKP.” tegasnya.
Sementara itu, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu turut memberi beberapa cadangan bagi memastikan penularan wabak itu mampu dikawal ketika ini.
Jelasnya, berpandukan data daripada PKP semasa sejak 13 Jan lalu, pihak berkuasa kini mempunyai lebih banyak maklumat mengenai lokasi penularan dan pengesanan kontak rapat perlu dilaksana segera dalam tempoh 48 jam pertama kes itu dilaporkan.
Pengesanan kontak rapat itu jelasnya mudah diperolehi kerana pergerakan orang ramai yang terhad semasa PKP.
![]() |
K'jaan digesa kaji semula kelemahan |

0 Comments