Kartunis Petai dilapor meninggal dunia


KARTUNIS terkenal, Roslan Kasim atau lebih dikenali dengan nama Petai, dilapor meninggal dunia pagi tadi.

Dipetik beberapa laporan media yang memetik perkongsiaan di dalam ‘group’ Facebook Kolektor Kartun Malaysia, Allahyarham yang berusia 49 tahun dilapor meninggal dunia di Hospital Serdang kerana masalah sesak nafas.

Selain itu, banyak sumber lain daripada rakan-rakan kartunis, saudara dan orang awam juga memaklumkan perkhabaran duka yang sama.

Individu bernama Yaya Closet yang juga merupakan anak saudara arwah juga memaklumkan perkara sama menerusi satu kenyataan di Facebook.

“Dapat perkhabaran, bapa saudara saya telah meninggal dunia. Al-Fatihah untuk Pak Usu. Mohon beri Al-Fatihah untuk arwah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

Roslan berusia 49 tahun
“Hilangnya bintang kartunis majalah Ujang..Petai Palooza,” katanya dalam hantaran tersebut, pagi ini.

Allahyarham pernah terpilih untuk menyertai Pameran Kartun Asean di Tokyo, Jepun, sekitar 1990-an.

Selain terkenal sebagai kartunis Ujang dan Apo!, Petai pernah juga menerbitkan karya di Gila-Gila dan Gelihati.


Post a Comment

0 Comments