PAKAR virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip mempertikaikan rasional disebalik pengecualian untuk jemaah menteri menjalani pengawasan dan kuarantin wajib sekurang-kurangnya 10 hari seperti diwajibkan kepada rakyat.
Dr Yahya berkata, pemberian pengecualian kepada menteri itu jelas bertentangan dengan amalan kerajaan yang mewajibkan semua individu yang baru pulang dari luar negara wajib menjalani kuarantin dan pengawasan sekurang-kurangnya 10 hari, sebelum dibenarkan bergerak bebas.
Beliau yang dipetik laporan FMT menegaskan bahawa Virus SARS-CoV-2, virus penyebab penyakit Covid-19 tidak pernah mengenal darjat, kaum, keturunan, agama atau pangkat kerana ia terbukti berupaya menjangkiti sesiapa sahaja termasuk menteri.
“Sebab itulah saya juga masih tertanya-tanya mengapa pengecualian ini diberi kepada menteri. Saya mengharapkan pihak berkuasa dapat memberi alasan yang kukuh terhadap pengecualian ini.
“SARS-CoV-2, virus penyebab penyakit Covid-19 telah terbukti berupaya menjangkiti sesiapa sahaja. Malah, proses kuarantin adalah antara usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak itu dari luar,” katanya sambil menggesa kerajaan memberi alasan munasabah di sebalik keputusan terbaru itu.
Untuk rekod, pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini dikritik kerana memendekkan tempoh kuarantin 14 hari kepada 10 hari kepada individu yang masuk ke dalam negera dan kontak rapat kes yang disahkan positif Covid-19.
Menteri Kesihatan, Adham Baba sekali lagi dikritik susulan pengumuman 'pengecualian khas' itu yang hanya mewajibkan menteri yang kembali dari lawatan rasmi luar negara melaksana pemerhatian untuk hanya tiga hari.
![]() |
K'jaan digesa kaji semula keputusan |
Susulan itu, di laman sosial, Adham baba sekali lagi menjadi sasaran kemarahan rakyat. warganet berkongsikan tanda pagar #AdhamBabaLetakJawatan bagi menggesa Ahli Parlimen Tenggara dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu meletakkan jawatannya.
BACA: #AdhamBabaLetakJawatan tengah hot
Sementara itu, Dr Yahya berharap kerajaan dapat mengkaji dan menarik semula peraturan yang memberikan pengecualian itu.
0 Comments