AHLI PARLIMEN Klang Charles Santiago mencadangkan supaya menteri menjawab soalan wakil rakyat secara bertulis ketika sidang Parlimen digantung sepanjang tempoh darurat.
Untuk tujuan itu, beliau telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun supaya cadangan itu dapat dipertimbangkan.
Santiago menekankan bahawa Ahli Parlimen bertanggungjawab untuk membangkitkan beberapa isu yang perlu dijawab menteri, khususnya membabitkan pandemik Covid-19.
“Saya ingin memohon perhatian Yang di-Pertua bagi membenarkan cadangan ini sekaligus memohon jawapan bertulis bagi persoalan-persoalan yang saya sertakan bersama surat ini.
“Segala kerjasama dan keprihatinan dalam memastikan fungsi Parlimen terus dihormati adalah amat dihargai,” katanya dipetik surat tersebut.
Dipetik laporan media, antara isu yang ditanya Santiago melalui surat tersebut ialah kepada Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, tentang sama ada kerajaan bercadang untuk mewajibkan semua pekerja tempatan menjalani ujian Covid-19, khususnya yang dalam sektor informal.
Santiago turut meminta Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, menjelaskan proses pemantauan yang diguna pakai kerajaan untuk menentukan sama ada pekerja asing mematuhi penjarakan fizikal di asrama.
Selain itu, Santiago juga meminta Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, menyatakan jumlah pekerja asing yang mempunyai dokumen yang sah, dan yang tidak memilikinya.
Beliau juga ditanya sama ada kerajaan bersedia untuk memberi perlindungan selama enam bulan kepada pekerja asing tanpa dokumen yang sah supaya mereka dapat muncul untuk menjalani saringan Covid-19 dan menerima vaksin.
Difahamkan, Azhar sebelum ini memaklumkan kedudukan dan tanggungjawab Ahli Parlimen kekal walaupun sesi dewan legislatif itu digantung sepanjang tempoh darurat.
Menurutnya, pengisytiharan darurat tidak bermakna Parlimen dibubarkan.
Untuk tujuan itu, beliau telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun supaya cadangan itu dapat dipertimbangkan.
Santiago menekankan bahawa Ahli Parlimen bertanggungjawab untuk membangkitkan beberapa isu yang perlu dijawab menteri, khususnya membabitkan pandemik Covid-19.
“Saya ingin memohon perhatian Yang di-Pertua bagi membenarkan cadangan ini sekaligus memohon jawapan bertulis bagi persoalan-persoalan yang saya sertakan bersama surat ini.
“Segala kerjasama dan keprihatinan dalam memastikan fungsi Parlimen terus dihormati adalah amat dihargai,” katanya dipetik surat tersebut.
Dipetik laporan media, antara isu yang ditanya Santiago melalui surat tersebut ialah kepada Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, tentang sama ada kerajaan bercadang untuk mewajibkan semua pekerja tempatan menjalani ujian Covid-19, khususnya yang dalam sektor informal.
Santiago turut meminta Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, menjelaskan proses pemantauan yang diguna pakai kerajaan untuk menentukan sama ada pekerja asing mematuhi penjarakan fizikal di asrama.
Selain itu, Santiago juga meminta Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, menyatakan jumlah pekerja asing yang mempunyai dokumen yang sah, dan yang tidak memilikinya.
Beliau juga ditanya sama ada kerajaan bersedia untuk memberi perlindungan selama enam bulan kepada pekerja asing tanpa dokumen yang sah supaya mereka dapat muncul untuk menjalani saringan Covid-19 dan menerima vaksin.
![]() |
Santiago mahu jawapan bertulis menteri |

0 Comments